Tunggangan Amal Penunggang Termuda Yang Akan Mengelilingi Dunia

Henry Crew telah memulakan perjalanannya untuk menjadi penunggang paling muda menunggang mengelilingi dunia atas tujuan amal. Penunggang British berusia 22 yahun itu akan melakukan tunggangan tersebut di atas sebuah motosikal Ducati Scrambler Desert Sled dalam masa 232 hari. Dia juga berharap dapat meraih £35,000 (RM190,656) pada penghujung tunggangannya itu untuk “Movember Foundation”.

Ducati Panigale V4 2018 Terbakar Di Kanada

Sebuah motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah terbakar pada minggu lalu di Kanada. Puncanya masih belum diketahui, apa yang diketahui adalah penunggangnya menunggang motosikal tersebut seperti biasa apabila motosikal tersebut dijilat api. Ducati North America dengan pantas bertindak dan pemeriksaan kini sedang dijalankan bagi memastikan yang ini adalah sebuah kes yang terpencil.

Adakah Ini Skuter Ducati Terbaru?

Sebuah video YouTube terbaru yang telah dimuatnaik oleh Mich Motorcycle mengatakan bahawa sebuah skuter Ducati yang baru mungkin akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018. Imej yang telah dihasilkan itu telah mempamerkan satu kemungkinan sebuah skuter Ducati yang diterapkan dengan pengayaan Multistrada. Ducati pernah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah skuter dan motosikal elektrik menjelang tahun…

WorldSBK: Ducati Perkenalkan Jentera Perlumbaan Ducati Panigale V-Twin Terakhir!

  Pasukan pengilang Ducati bagi siri perlumbaan WorldSBK telah menyingkap tirai di sebalik jentera perlumbaan Ducati Panigale V-Twin yang terkini serta terakhir bagi model berkenaan. Jentera janaan enjin Superquadro L-Twin 1198cc akan beraksi buat kali terakhir pada musim ini bersama dengan penunggang utama mereka, Chaz Davies dan Marco Melandri. Bermula pada tahun 2019, Ducati akan…