Ducati 959 Panigale Corse 2018 Yang Baru Sedang Dalam Pembikinan?

 

 

  • Satu borang emisi bagi Ducati 959 Panigale Corse 2018 yang serba baru telah difailkan di California Air Resources Board (CARB) baru-baru ini.
  • Menurut laporan itu, jumlah angka emisi bagi kedua-dua motosikal 959 Panigale standard dan 959 Panigale Corse kekal sama.
  • Kami mengandaikan yang motosikal versi Corse akan mempunyai enjin yang sama namun seperti motosikal Ducati Corse yang lain, Ianya berkemungkinan besar akan didatangkan dengan pengemaskinian yang besar pada kelengkapan elektronik, suspense, brek dan rupa parasnya.

Continue reading “Ducati 959 Panigale Corse 2018 Yang Baru Sedang Dalam Pembikinan?”

Ducati Malaysia telah melancarkan 5 model baru 2016 – 959 Panigale, 939 Hypermotard, Multistrada Enduro, Monster 1200 R dan XDiavel

dsc_0170

Ducati Malaysia telah mengemaskini dan menambah model-model jentera mereka dengan pelancaran lima model baru.

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) baru sahaja menambah pilihan motorsikal berkuasa tinggi di pasaran Malaysia dengan pelancaran 5 model baru bagi 2016. Semua model terbaru ini dilancarkan di majlis pelancaran di EX8, Subang petang semalam.

Model-model terbaru untuk pasaran Malaysia bagi 2016 adalah Panigale 959, Hypermotard 939, Monster 1200 R, Multistrada 1200 Enduro dan juga XDiavel.

 

2016 Ducati Panigale 959

Setelah pelancaran global model ini di EICMA tahun lepas, model kategori Supersport ini berasas dari Ducati Panigale 899 yang telah dikemaskini secara keseluruhan.

2016-ducati-959-panigale-08

Dari segi reka bentuk, rupanya tidak begitu berbeza dari model-model Panigale yang lain tetapi mengikut spesifikasi jentera ini, ia mempunyai ‘intake’ udara yang baru dan lebih besar, cermin sisi yang lebih panjang berlampukan LED dan juga sedikit perubahan pada bahagian belakang dan juga panel reraub (fairing).   Continue reading “Ducati Malaysia telah melancarkan 5 model baru 2016 – 959 Panigale, 939 Hypermotard, Multistrada Enduro, Monster 1200 R dan XDiavel”