Pesawat Pertama Buatan China kini sedia Berlepas

China bukan sahaja boleh membuat kereta dan motosikal, kini mereka mampu menghasilkan pesawat sendiri, C919, yang dikatakan akan menyaingi Boeing dan Airbus. Commercial Aircraft Corporation of China (Comac) adalah syarikat yang merekacipta dan membangunkan pesawat terbesar dalam sejarah negara China yang telah ditubuhkan sejak 2008.