Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR650F & CB650F 2017 Yang Dikemaskini – Dari RM44,995

 

  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan versi yang dikemaskini motosikal Honda CBR650F dan Honda CB650F 2017 mereka dengan beberapa kemaskini dalaman serta luaran.
  • Rangkaian 650F yang baru ini juga didatangkan dengan enjin yang telah dibikin semula dengan lebih kuasa dan tork dan juga suspensi, brek, dan sistem pencahayaan yang dipertingkatkan.
  • Honda CBR650F dan CB650F 2017 yang dikemaskini ini diletakkan pada harga RM47,117.94 dan RM44,995.94 (asas dengan GST).

Continue reading “Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR650F & CB650F 2017 Yang Dikemaskini – Dari RM44,995”

Sejarah Boon Siew Honda – Bagaimana Ianya Bermula

  • Sejarah Boon Siew Honda bermula sejak tahun 1950-an apabila seorang lelaki berusia 43 tahun dari Pulau Pinang telah pergi bercuti ke Jepun dan telah ternampak motosikal Honda Cub.
  • Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew memutuskan untuk membawa balik beberapa model ke Malaysia bagi membantu negara mencari mod pengangkutan yang sesuai dalam usaha membangunkan semula negara selepas Perang Dunia II.
  • Bersama dengan Soichiro Honda, Boon Siew Honda berjaya menjadikan motosikal Honda sebagai sebutan ramai menjelang tahun 1970-an apabila mereka memperkenalkan Honda C70 yang amat popular.

Continue reading “Sejarah Boon Siew Honda – Bagaimana Ianya Bermula”

Boon Siew Honda Memastikan Honda Team Asia Bersedia Untuk Perlumbaan Suzuka 8 Hours

Satu HATI Honda Team Asia sudah bersedia untuk perlumban ketahanan Suzuka 8 Hours – (dari kiri ke kanan) Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada

 

 

  • Boon Siew Honda Motorsports Team telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang akan mengendalikan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan kali ke-40 Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance.
  • Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia yang pertama yang bukan sahaja menyokong malah mengetuai pasukan Satu HATI Honda Team Asia di Suzuka pada tahun ini.
  • Pada tahun ini, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi bersama dengan penunggang Indonesia Dimas Ekky Pramata dan penunggang ARRC Thailand Ratthapong Wilairot akan memberikan sebaik usaha mereka untuk mencapai kemenangan di perlumbaan ketahanan ini.

Continue reading “Boon Siew Honda Memastikan Honda Team Asia Bersedia Untuk Perlumbaan Suzuka 8 Hours”

Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?

 

  • Ketika pusingan terbaru Cub Prix Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang, ruangan pameran Boon Siew Honda telah
    mempamerkan beberapa buah motosikal supercub Honda RS150R yang amat istimewa.
  • Sepasang motosikal Honda RS150R telah diperagakan pada petang Ahad menggayakan warna yang amat berbeza dan unik sekali, Hitam dan Putih dengan sedikit warna Merah dan Biru.
  • Kakitangan BSH menyatakan bahawa warna ini masih lagi dalam tahap konsep buat masa ini namun akan boleh didapati pada masa hadapan jika ke semua maklumbalas dan kaji selidik mendapat reaksi positif (yang kami rasa ianya sudah pasti).

Continue reading “Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?”