BMW Motorrad Perkenalkan Casis Cetakan 3D BMW S 1000 RR

BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.

BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018

BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018 telah berlangsung pada hujung minggu lalu. BMW Motorrad Malaysia telah memperagakan kelengkapan menunggang serta aksesori terbaru untuk motosikal BMW dan R nineT. Acara tersebut juga dipenuhi dengan aktiviti cabutan bertuah, persembahan kugiran serta jamuan yang hebat.

BMW R1250 Global Sport Concept

Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.

Gambar Intipan BMW F 850 GS 2019 Tersebar?

Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.