Skuter Elektrik Buatan Khas BMW C Evolution Oleh Krautmotors – “E-LisaBad”

 

  • Para pembina yang berada di Krautmotors dari Jerman telah membina sebuah skuter elektrik buatan khas BMW C Evolution yang dinamakan “E-LisaBad”.
  • Ditugaskan oleh BMW Motorrad sendiri, pembina buatan khas utama kelahiran Jerman, Rolf Reick, berjaya membina salah sebuah motosikal elektrik buatan khas yang tercantik sekali sepanjang zaman.
  • Direndahkan serta dilengkapkan dengan tayar perlumbaan yang licik, skuter BMW C Evolution ini menghasilkan sekitar 72Nm tork dengan serta merta; 9Nm lebih daripada skuter BMW C650 Sport.

Continue reading “Skuter Elektrik Buatan Khas BMW C Evolution Oleh Krautmotors – “E-LisaBad””

2016 BMW C 650 Sport (RM64,900.00) dan BMW C 650 GT (RM68,900.00) kini di Malaysia

The new BMW C 650 GT and the new BMW C 650 Sport (3)BMW Group Malaysia melancarkan motosikal terbaharunya ke dalam keluarga BMW Motorrad Malaysia – BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT yang merupakan tawaran terkini dalam segmen skuter maxi keluarannya. Sempurna untuk kegunaan di bandar dan kawasan urban, motosikal baharu ini menggabungkan aspek praktikaliti dengan keseronokan dan keselesaan tunggangan dalam jarak yang jauh.

Ketika memperkenalkan skuter maxi ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Segmen motosikal premium di Malaysia mengalami pertumbuhan memberangsangkan sejak dua tahun lalu. Pengenalan BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu pasti memberikan para peminat motosikal lebih banyak pilihan untuk kegunaan harian atau pada hujung minggu.”

BMW C 650 Sport menyerlahkan reka bentuk yang lebih moden, dinamik dan berorientasikan kepada fungsi. Penampilan Skuter maxi baharu ini jelas selari dengan falsafah reka bentuk BMW Motorrad. BMW 650 GT yang diposisikan ke dalam sub segmen telah menerima penambahbaikan menerusi panel kemasan sisi belakang dan unit lampu belakang yang baru.   Continue reading “2016 BMW C 650 Sport (RM64,900.00) dan BMW C 650 GT (RM68,900.00) kini di Malaysia”