2016 Benelli TNT 25 warna hitam di Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)

Benelli-TnT25_BLACK-Hitam-001

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) kini memperkenalkan warna baharu untuk model TnT25 iaitu warna Hitam. Sebelum ini, Benelli TnT 25 dua warna ditawarkan iaitu Merah dan Hijau. Pengenalan warna hitam ini menjadikan dua warna pilihan untuk barisan TnT25 dengan warna hijau telah digugurkan.

Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap model baru ini seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, sistem gantungan teleskopik terbalik 41mm dan sistem pembrekan dengan cakera tunggal 280 mm.  Continue reading “2016 Benelli TNT 25 warna hitam di Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)”

Intip: 2016 Benelli 135 di lebuhraya PLUS

fb_img_1467811734927.jpg

Sekilas pandang terlihat kelibat Benelli 135 yang dikhabarkan akan diperkenalkan di Malaysia dalam suatu masa nanti. Seperti yang kita ketahui (atau tidak), Benelli 135 bersaiz genit yang sama dalam kategori Kawasaki Z125 Pro,  KSR dan Honda Grom.

Sesuatu yang menarik mengenai Benelli 135 ini adalah rekaannya yang menarik disertakan dengan ekzos bergaya seperti MV Agusta F3. Harga Benelli 135 ini juga boleh dijangkakan untuk menjadi kompetitif untuk mengatasi saingannya seperti mana pernah dilakukan pada model Benelli TnT 600 dan TnT 25. Namun begitu, diharapkan agar ketahanannya Benelli 135 cukup baik dengan kesediaan alat ganti setiap masa agar dapat memenangi hati pemiliknya, jika model ini diperkenalkan dengan rasmi nanti.

Sumber: Tengku Suhighme. Thanks bro!

2016 Benelli TNT 135 – model jalanan kompak

image

Nota awal: Belum diketahui samada akan masuk Malaysia atau tidak. Harga belum diketahui

Benelli memperkenalkan satu model yang sangat menarik iaitu Benelli TnT 135 yang kompak berkuasa 135cc dalam kategori ‘compact street naked’. Model ini berada dalam kategori yang sama seperti Kawasaki Z125 atau KSR.
Rekaan TnT 135 nampak gagah dengan reraup yang agak tinggi dan mendedahkan rangka Trellis berwarna hitam. Ciri-ciri memberikan sedikit rasa Itali pada keseluruhan rekaannya walaupun diketahui bahawa sekarang syarikat dari China memiliki tanda nama Benelli.
Selain itu, lihat sahaja ekor ekzosnya yang mirip dengan gaya ekzos dari MV Agusta F3 cuma TnT 135 memiliki 2 peredam sahaja.  Continue reading “2016 Benelli TNT 135 – model jalanan kompak”

Benelli TNT 25 (2016) hadir ke pasaran Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)

2016-Benelli-TnT_25_RED_01-003

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) membawakan satu pencabar dalam kategori 250cc yang popular dengan nama TnT25. TnT adalah singkatan dari ‘Tornado Naked Tre’ yang mengaitkan model ini sebagai model jalanan yang berangka Trellis.

TnT25 hadir dengan enjin 4-lejang satu silinder 249cc dengan 4-injap. Enjin ini disejukkan menggunakan sistem penyejukan cecair untuk memastikan perjalanan jauh tidak menjadi halangan kepada penunggang yang kental.   Continue reading “Benelli TNT 25 (2016) hadir ke pasaran Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)”