Adakah ini moped Benelli 150cc dengan harga bawah RM7k?

Khabar yang mengatakan bahawa Benelli akan membawa jentera moped berkapasiti 150cc kini sedang hangat diperkatakan. Malah ada yg terus memberikan tarikh pelancaran model ini iaitu pada 2/4/2017.   Continue reading “Adakah ini moped Benelli 150cc dengan harga bawah RM7k?”

Pengedar Benelli Baharu Dilantik di Malaysia – jentera moped 150cc dalam pembinaan

  • Mforce Bike Holdings sebagai pengedar baharu

  • Pemasangan, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan

Benelli, pengeluar motosikal dari Itali mengumumkan hari ini bahawa syarikat tersebut dengan rasminya melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Di atas perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia.

Continue reading “Pengedar Benelli Baharu Dilantik di Malaysia – jentera moped 150cc dalam pembinaan”

2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia – RM7,990 (asas)

BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap pada semua jenis keadaan jalan raya. Enjin ini mampu menjana 12.6hp @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum pada 10.8Nm @ 7,000RPM.

2017 Benelli TnT135

“Meskipun model TnT135 ini dikategorikan sebagai motosikal mini, dari segi hamburan kuasa ia tidak mengecewakan. Dengan kawalan kuasa di tangan dan ketangkasan yang mudah dikawal, saya yakin motosikal baru ini mampu menakluki keyakinan dan naluri penungganya nanti” kata Low Kin Yong Pengurus Besar BENELLI Malaysia.   Continue reading “2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia – RM7,990 (asas)”