ARRC: Adam Buru Gelaran Juara

Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, mahu merebut gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bagi kelas Supersports 600cc. Pelumba berusia 20 tahun itu yakin pengalaman dimiliknya ketika bersaing di Moto3 akan memainkan peranan penting dalam merebut podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing. Adam digugurkan hujung musim lalu daripada pasukan Moto3 Petronas…

Kalendar ARRC Musim 2019 Diumumkan – Pusingan baharu Di Korea Selatan!

Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.

Azlan Shah Sertai Chia Motor PJ Untuk MSC 2018

Azlan Shah telah menandatangani perjanjian dengan Chia Motor PJ Kawasaki Racing Team untuk bersaing dalam kejohanan Malaysia Superbike Championship (MSC) tahun ini. Pelumba berusia 33 tahun dari Klang itu telah bersedia untuk menghadapi cabaran mengemudi jentera Kawasaki Ninja ZX-10R. MSC bakal menjadi pentas yang sesuai buat Azlan sebelum dia berpindah ke kelas 1,000cc yang pertama…

ARRC 2018: Azlan Shah Sasar Kedudukan Pendahulu Kejohanan Pada Pusingan 2

Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…

ARRC: Azlan Shah Terpantas Pada Hari Pertama Ujian di Buriram

Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…

Honda Memperkenalkan Pasukan Honda Asia-Dream Racing bersama Zaqhwan Zaidi!

Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi. Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour. Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road…