2017 Aprilia RSV4 R FW-GP – jentera V4 berkuasa 250hp berasaskan dari MotoGP

Aprilia pada penghujung 2016 ini telah mempersembahkan jentera yang cukup menarik dengan kuasa melebihi 250hp berasaskan dari jentera yang pernah digunakan pada perlumbaan MotoGP pada 2015 iaitu RS-GP 15. Jentera ini adalah Aprilia RSV4 R FW-GP.

Jentera ini menggunakan saiz gerek yang lebih besar iaitu 81mm, 3mm lebih besar daripada saiz gerek RSV4 yang biasa iaitu pada 78mm. Secara teorinya ini akan meningkatkan nisbah mampatan dan pada masa yang sama juga akan meningkatkan sedikit kapasiti enjin.  Continue reading “2017 Aprilia RSV4 R FW-GP – jentera V4 berkuasa 250hp berasaskan dari MotoGP”