2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia – RM 59,900 (asas)

yamaha_2015_mt09_tracer_035

Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi.  Continue reading “2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia – RM 59,900 (asas)”

1981 Honda CB900F oleh Chappell – pelumba kafe yang segar

chappell-Honda-CB900

Modifikasi khas daripada adik-beradik Chappell memberikan hasil yang sangat mengagumkan terhadap Honda CB900F ini. Tahun pengeluaran CB900F ini adalah 1981 yang merupakan salah satu motosikal dengan siri CB yang popular pada zamannya.

Sentuhan Chappell dapat dilihat pada keseluruhan rekaannya yang nampak mentah dengan menunjukkan kebanyakan isi dalamannya iaitu enjin 985cc yang telah dinaiktaraf. Perincian yang diberikan kepada motosikal ini sangat kemas dan menyerlahkan kecantikan CB900F sebagai satu mesin yang masih relevan untuk era 2000an.  Continue reading “1981 Honda CB900F oleh Chappell – pelumba kafe yang segar”

2016 Yamaha MT-09 CKD warna baru – Night Fluo, Race Blu RM44,653.24 termasuk GST (asas)

2016-Yamaha-MT09-Night-Fluo

HLYM mengemaskini model MT-09 dengan dua pilihan warna terbaru iaitu Night Fluo dan Race Blu. Warna Night Fluo akan menggantikan warna Deep Armour yang telah diperkenalkan pada 2014. Warna ‘Blazing Orange’ juga kini diganti dengan warna Race Blu. Night Fluo pada pendapat kami adalah satu kemaskini yang menarik pada luaran MT-09 ini. Hijau Pendarflour yang digayakan pada warna asas hitam dan kelabu sangat menarik. Ini boleh menyebabkan orang ramai akan memusingkan kepala mereka untuk menoleh kepada MT-09 ‘Night Fluo’ ini.   Continue reading “2016 Yamaha MT-09 CKD warna baru – Night Fluo, Race Blu RM44,653.24 termasuk GST (asas)”