Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)

Kawasaki Malaysia membawakan kepada rakyat Malaysia 4 jentera yang amat ditunggu-tunggu untuk 2017 ini iaitu Versys-X 250, Z650, Ninja 650 dan Z900. Kesemua model ini adalah model baru yang telah diperkenalkan pada EICMA, Milan, hujung 2016 lalu.

2017 Kawasaki Versys-X 250

Versys-X 250 merupakan jentera 250cc berkonsep kembara yang mengambil asas dari jentera Z250 dan Ninja 250. Saiznya yang tinggi membolehkan anda menunggang Versys-X 250 dalam apa jua keadaan jalan dan mungkin juga meredah hujan dan lopak akibat banjir.


Continue reading “Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)”

Sistem Ekzos Akrapovič untuk 2017 Kawasaki Z900

Terdapat ura-ura dari Sinar Turbo bahawa jentera Kawasaki Z900 ini akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pesaing dalam kategori 900cc seperti jentera dari Yamaha MT-09. Kawasaki Z900 akan menggantikan model Z800 sedia ada dan diharapkan harga Z900 ini adalah dalam lingkungan harga terjangkau seperti awalnya kemunculan Z800 iaitu pada harga bawah RM50k (RM47,989 asas).   Continue reading “Sistem Ekzos Akrapovič untuk 2017 Kawasaki Z900”

2017 Yamaha MT-09 – tampak lebih agresif

2017 Yamaha MT-09

Jentera jalanan ini telah diperkenalkan pada Oktober 2016 di acara Intermot, Cologne dan kali ini sedia untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Yamaha MT-09 hadir dengan enjin menumpukan kuasa pada peringkat pertengahan dengan daya kilas yang kuat dan dari itulah nama ‘MT’ terhasil, iaitu ‘Master of Torque’.

Versi kemaskini untuk 2017 ini dapat dilihat pada penggunaan lampu LED baharu berkembar berbeza dengan model 2016 yang menggunakan lampu tunggal, namun versi MT-09 Tracer (di Malaysia pun ada) hadir dengan lampu berkembar.

Continue reading “2017 Yamaha MT-09 – tampak lebih agresif”

2017 Kawasaki Z900 – legasi Z800 pada 125.4PS

Kawasaki akan menerima jentera naik taraf Z800 pada November ini di Milan dengan hadirnya Z900.

Kawasaki Z900 merupakan jentera yang dikuasakan dengan enjin 948cc yang mampu menjana 125.4PS yang semestinya sudah cukup untuk jentera seberat 210.5kg (atau 208.5 tanpa ABS). 

Pengenalan Z900 adalah sesuatu yang mengujakan kerana siri Z dari Kawasaki biasanya hadir dengan tanda harga yang sangat berbaloi. Lihat saja jentera Z800 dimana harganya pada masa ia diperkenalkan adalah RM47k+, hampir separuh harga dari jentera berkuasa 800cc dari jenama lain.

Siri Z adalah jentera untuk jalanan (street naked) yang mempunyai enjin terdedah dengan rangka yang kelihatan ‘raw’.

Tidak mustahil untuk melihat model ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun hadapan kerana Kawasaki Malaysia Sdn Bhd sangat agresif dengan pemasarannya. Ninja H2 pun dibawa masuk, inikan pula Z900. Tetapi ini sekadar pendapat peribadi saya saja ya.

2017 Yamaha SCR950 Sport Heritage – Scrambler Vintaj Moden

SCR950-2

Yamaha memperkenalkan satu model ikonik mereka dalam barisan ‘Sport Heritage’ iaitu Yamaha SCR950 untuk 2017. Kali pertama melihat model ini, ada terlihat sedikit aura motosikal pada tahun 60-70s dan sedikit cafe racer, tetapi Yamaha mengatakan bahawa model ini adalah dalam kategori Scrambler. Ini adalah bertepatan dengan singkatan SCR yang digunakan dalam namanya.

Enjin SCR950 berkapasiti 942cc dengan konfigurasi V-berkembar 4-lejang SOHC berpenyejukan udaraContinue reading “2017 Yamaha SCR950 Sport Heritage – Scrambler Vintaj Moden”

2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia – RM 59,900 (asas)

yamaha_2015_mt09_tracer_035

Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi.  Continue reading “2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia – RM 59,900 (asas)”

1981 Honda CB900F oleh Chappell – pelumba kafe yang segar

chappell-Honda-CB900

Modifikasi khas daripada adik-beradik Chappell memberikan hasil yang sangat mengagumkan terhadap Honda CB900F ini. Tahun pengeluaran CB900F ini adalah 1981 yang merupakan salah satu motosikal dengan siri CB yang popular pada zamannya.

Sentuhan Chappell dapat dilihat pada keseluruhan rekaannya yang nampak mentah dengan menunjukkan kebanyakan isi dalamannya iaitu enjin 985cc yang telah dinaiktaraf. Perincian yang diberikan kepada motosikal ini sangat kemas dan menyerlahkan kecantikan CB900F sebagai satu mesin yang masih relevan untuk era 2000an.  Continue reading “1981 Honda CB900F oleh Chappell – pelumba kafe yang segar”

2016 Triumph Bonneville Street Twin priced from RM55,900*

Street Twin-5

2016 Triumph Bonneville Street Twin introduced by Fast Bikes Sdn Bhd from RM 55,900* (without road tax and insurance)

Continue reading “2016 Triumph Bonneville Street Twin priced from RM55,900*”

Launch: 2016 Harley-Davidson Sportster Iron 883 and Forty-Eight

MM_HD_SPORTSTER_LAUNCH_-4

Naza Prestige Sdn Bhd introduces new 2016 Harley-Davidson Sportster Iron 883 and Forty-Eight.

Continue reading “Launch: 2016 Harley-Davidson Sportster Iron 883 and Forty-Eight”