2017 Kawasaki Ninja 650 – asas dari ER-6f

Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal. Continue reading “2017 Kawasaki Ninja 650 – asas dari ER-6f”

2016 Honda CB650F di Indonesia – rangka merah yang ranggi

cb650f-metal-gun-black-red

PT Astra Honda di Indonesia memperkenalkan motosikal berkapasiti tinggi, Honda CB650F dengan warna yang cukup menarik iaitu Metal Gun Black Red. Jika dibandingkan dengan CB650F versi Malaysia, CB650F di Indonesia menerima warna khas untuk rangka berliannya iaitu dengan warna merah yang berkilau.

Honda CB650F merupakan satu siri dari Honda yang ingin memperkenalkan enjin 4-silindernya kepada ramai tanpa mengenakan harga yang tinggi. Malaysia menerima CB650F pada 2014 dengan harga cuma RM39,999, yang mana harga ini adalah cukup menarik untuk mesin dengan 4-silinder.  Continue reading “2016 Honda CB650F di Indonesia – rangka merah yang ranggi”

KTM akan beraksi di Moto2 untuk musim 2017 dengan Brad Binder dan Thomas Luthi

WP-KTM-Moto2-Almeria-2016-1024x683

KTM dengan usahasama WP Suspension kini bersedia untuk beraksi dalam siri perlumbaan Moto2 untuk musim 2017. Pelumba yang akan menavigasi jentera yang cantik ini adalah Brad Binder (Afrika Selatan) dan Thomas Luthi (Swiss). Enjin jentera Moto2 disediakan oleh Honda dan berkapasiti 600cc.

KTM telah membuktikan bahawa mereka adalah saingan yang perlu diambil berat dalam saingan Moto3. Nampaknya KTM ingin menakluki ketiga-tiga siri perlumbaan dengan adanya juga jentera RC16 untuk siri MotoGP.

Continue reading “KTM akan beraksi di Moto2 untuk musim 2017 dengan Brad Binder dan Thomas Luthi”