Brosur 1980an Honda NS400R – enjin V3 387cc 2-lejang

1980s-honda-ns400r-003

Siri NS dari Honda merupakan siri jentera yang mempunyai enjin 2-lejang. Ini dapat dilihat dalam penggunaan nama NSR500 yang telah digunakan dalam MotoGP pada satu masa dahulu. Manakala siri CB, samada CBR, CBX, CBF dan sepertinya, merujuk kepada siri jentera dengan 4-lejang.

NS400R ini dikeluarkan bermula pada 1985, dan hanya bertahan sehingga 1987, iaitu 2 tahun sahaja dalam pengeluarannya.   Continue reading “Brosur 1980an Honda NS400R – enjin V3 387cc 2-lejang”

Yamaha SR400 berpengecas lampau oleh Krugger, Belgium – ini mungkin cafe racer terbaik dunia

krugger-yamaha-sr400-2

Fred ‘Krugger’ Bertrand dari Belgium mempersembahkan model modifikasi hasil kerja tangan beliau yang berasaskan model Yamaha SR400.

SR400 merupakan motosikal dengan hanya kapasiti 400cc yang mana mungkin agak kecil berbanding dengan model yang biasa diubahsuai kepada pelumba kafe berkapasiti 500cc hingga 1000cc. Namun, apa yang menarik bagi pelumba kafe Yamaha SR400 ini adalah penggunaan pengecas lampau Aisin yang kecil yang biasa digunakan dalam kereta kompak dari Subaru.    Continue reading “Yamaha SR400 berpengecas lampau oleh Krugger, Belgium – ini mungkin cafe racer terbaik dunia”

2017 Scrambler Ducati Sixty2 diperkenalkan di Malaysia – enjin 41hp 399cc L-berkembar Desmodromic – RM49,999 (asas tidak termasuk GST)

30-03 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Scrambler Ducati Sixty2 kini hadir ke Malaysia untuk memikat pemuda dan pemudi yang menginginkan kualiti Italy dalam pakej yang lebih mudah. Mengapa namanya Sixty2? Sixty2 merujuk kepada tahun 1962 iaitu tahun dimana model pertama Scrambler Ducati dilancarkan pada ketika itu, di Amerika Syarikat. Scrambler Ducati pada masa itu mempunyai kelebihan dari segi rangkanya yang bagus sehinggakan ada digunakan untuk perlumbaan. Namun pada masa itu, Scrambler Ducati hanya berkuasa 250cc.  Continue reading “2017 Scrambler Ducati Sixty2 diperkenalkan di Malaysia – enjin 41hp 399cc L-berkembar Desmodromic – RM49,999 (asas tidak termasuk GST)”

Honda CBR400R (2016) hanya di Jepun sahaja – JPY699,840 (MYR25,422)

2016-CBR400R-Japan

Motosikal berkuasa 400cc merupakan satu pemandangan yang agak asing untuk peminat motosikal di Malaysia pada masa kini. Pada masa dahulu, kita pernah mengenali CB400 dan setelah itu, dunia motosikal biasanya dikategorikan kepada 250cc, 500cc, 600cc dan 1000cc untuk segmen motosikal berkuasa tinggi.

Namun begitu, Honda CBR400R ini wujud untuk mengingatkan kita bahawa 400cc masih lagi wajar untuk dikisahkan. Walaupun hanya dipasarkan kepada beberapa negara sahaja, CBR400R ini mempunyai aura yang terkesan dari model 500cc iaitu CBR500R.

Honda CBR400R menerima perubahan pada bentuknya secara keseluruhan tetapi masih mengekalkan enjin yang sama.  Continue reading “Honda CBR400R (2016) hanya di Jepun sahaja – JPY699,840 (MYR25,422)”

2015 Kawasaki Ninja 400 / ER-4f ABS Limited Edition in Japan – only 300 units

2015-Kawasaki-Ninja-400-LimitedEdition

Made only in 300 units and available in Japan. The touring Ninja 400 / ER-4f comes with gray base colour added with gold accent. The wheels are nicely coloured in gold too. ABS is fitted for this bike for greater control on difficult situation.  Continue reading “2015 Kawasaki Ninja 400 / ER-4f ABS Limited Edition in Japan – only 300 units”