Intip: Yamaha YZF-R15 di Malaysia

Sekeping gambar intipan sekilas penampakan jentera Yamaha YZF-R15 yg sedang diuji di Sungai Buloh dikirim oleh pembaca, Haziq.  Telah lama peminat motosikal di Malaysia menginginkan jentera ini, tetapi belum ada perkhabaran mengenainya. Kali ini, ia sedang diuji. Mungkin hanya sekadar ujian dalaman atau ujian jalanan untuk pelancaran pada masa depan. Kami pun tak pasti.

Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

  Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini. Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta ‘wildcard’ bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada…

2017 Honda RS150R dengan kemaskini grafik dan warna – RM8,478.94 (Merah dan Biru) ke RM8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol) (asas termasuk GST)

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda RS150R versi baharu 2017 dengan warna dan jalur yang baru untuk menambahkan lagi daya tarikan kepada  peminat RS150R. Secara rasminya, RS150R diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2016 dan berada di pasaran pada August 2016. Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan…

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge. 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017. Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di…