Vespa S125 I-GET 2017 Dan Piaggio Medley S 150 ABS Dilancarkan! Dari RM11,600

 

  • Naza Premira Sdn. Bhd. telah melancarkan dua skuter baru yang mengujakan iaitu Vespa S125 I-GET 2017 dan Piaggio Medley S 150 ABS.
  • Skuter-skuter baru ini dilancarkan awal hari ini bersempena dengan pelancaran rasmi acara NAZA Merdeka Autofair 2017 yang terletak di NAZA Automall, Petaling Jaya.
  • Vespa S125 I-GET 2017 yang baru ini dinilai pada RM11,600 manakala skuter Piaggio Medley S 150 ABS pula pada harga RM17,000 (haraga asas tidak termasuk GST).

Continue reading “Vespa S125 I-GET 2017 Dan Piaggio Medley S 150 ABS Dilancarkan! Dari RM11,600”

Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

 

  • Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini.
  • Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta ‘wildcard’ bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada minggu hadapan.
  • Kasma mendahului kejohanan kelas premier CP150 dengan 100 mata; 17 mata di hadapan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha – CKJ).

Continue reading “Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc”

2017 Honda RS150R dengan kemaskini grafik dan warna – RM8,478.94 (Merah dan Biru) ke RM8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol) (asas termasuk GST)

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda RS150R versi baharu 2017 dengan warna dan jalur yang baru untuk menambahkan lagi daya tarikan kepada  peminat RS150R.

Secara rasminya, RS150R diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2016 dan berada di pasaran pada August 2016. Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm. Berat badan RS150R adalah 123kg. Ia juga membawa tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Bentuk badan agresif, bentuk muka dan lampu yang tajam, rangka badan yang berlapis menunjukkan keunikan RS150R yang banyak mempengaruhi hati pengguna Malaysia.   Continue reading “2017 Honda RS150R dengan kemaskini grafik dan warna – RM8,478.94 (Merah dan Biru) ke RM8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol) (asas termasuk GST)”

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

  • Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge.
  • 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017.
  • Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di Jasin, Melaka.

Continue reading “Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!”

Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?

 

  • Ketika pusingan terbaru Cub Prix Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang, ruangan pameran Boon Siew Honda telah
    mempamerkan beberapa buah motosikal supercub Honda RS150R yang amat istimewa.
  • Sepasang motosikal Honda RS150R telah diperagakan pada petang Ahad menggayakan warna yang amat berbeza dan unik sekali, Hitam dan Putih dengan sedikit warna Merah dan Biru.
  • Kakitangan BSH menyatakan bahawa warna ini masih lagi dalam tahap konsep buat masa ini namun akan boleh didapati pada masa hadapan jika ke semua maklumbalas dan kaji selidik mendapat reaksi positif (yang kami rasa ianya sudah pasti).

Continue reading “Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?”

Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3

 

 

  • Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai.
  • Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang telah diubahsuai oleh penunggang lagak ngeri mereka yang dikenali sebagai Gaban.
  • Motosikal yang paling menarik perhatian dipamerkan adalah motosikal Yamaha NVX yang dilitupi dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3”

Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)

 

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia.
  • Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih.
  • Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) ini dinilai pada harga RM10,500 (asas beserta GST) dan akan tersedia dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)”

2017 Yamaha Aerox 155 Movistar Yamaha MotoGP rasmi di Indonesia

Yamaha Indonesia kini dengan rasminya membawakan Yamaha Aerox 155 dengan grafik khas bertemakan Movistar Yamaha Team dalam siri perlumbaan MotoGP. Yamaha Aerox 155 seperti yang kita ketahui adalah model yang sama dengan Yamaha NVX 155, yang dikatakan akan dilancarkan pada 11 Julai ini di Malaysia. Jika grafik khas Movistar Yamaha Team ini dibawakan ke Malaysia, pastinya akan laku keras dan menjadi barangan koleksi peminat motosikal di Malaysia kerana hobi mereka mahal.   Continue reading “2017 Yamaha Aerox 155 Movistar Yamaha MotoGP rasmi di Indonesia”

Diuji: Modenas V15 2017 – “The New Kid on the Block”

 

 

 

  • Motosikal Modenas V15 2017 ini telah diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu bersama dengan motosikal lumba Modenas Pulsar RS200 dan motosikal naked NS200.
  • Motosikal V15 yang bergaya retro ini menawarkan sesuatu yang berbeza dan unik bagi segmen 150cc di pasaran Malaysia.
  • Motosikal yang berilhamkan cafe racer ini menawarkan penggayaan yang hebat, perbatuan yang menakjubkan pada harga yang berpatutan, menepati ciri-ciri motosikal yang ingin dimiliki oleh kebanyakan orang ramai.

Continue reading “Diuji: Modenas V15 2017 – “The New Kid on the Block””