Intip: 2016 Benelli 135 di lebuhraya PLUS

fb_img_1467811734927.jpg

Sekilas pandang terlihat kelibat Benelli 135 yang dikhabarkan akan diperkenalkan di Malaysia dalam suatu masa nanti. Seperti yang kita ketahui (atau tidak), Benelli 135 bersaiz genit yang sama dalam kategori Kawasaki Z125 Pro,  KSR dan Honda Grom.

Sesuatu yang menarik mengenai Benelli 135 ini adalah rekaannya yang menarik disertakan dengan ekzos bergaya seperti MV Agusta F3. Harga Benelli 135 ini juga boleh dijangkakan untuk menjadi kompetitif untuk mengatasi saingannya seperti mana pernah dilakukan pada model Benelli TnT 600 dan TnT 25. Namun begitu, diharapkan agar ketahanannya Benelli 135 cukup baik dengan kesediaan alat ganti setiap masa agar dapat memenangi hati pemiliknya, jika model ini diperkenalkan dengan rasmi nanti.

Sumber: Tengku Suhighme. Thanks bro!

2016 Benelli TNT 135 – model jalanan kompak

image

Nota awal: Belum diketahui samada akan masuk Malaysia atau tidak. Harga belum diketahui

Benelli memperkenalkan satu model yang sangat menarik iaitu Benelli TnT 135 yang kompak berkuasa 135cc dalam kategori ‘compact street naked’. Model ini berada dalam kategori yang sama seperti Kawasaki Z125 atau KSR.
Rekaan TnT 135 nampak gagah dengan reraup yang agak tinggi dan mendedahkan rangka Trellis berwarna hitam. Ciri-ciri memberikan sedikit rasa Itali pada keseluruhan rekaannya walaupun diketahui bahawa sekarang syarikat dari China memiliki tanda nama Benelli.
Selain itu, lihat sahaja ekor ekzosnya yang mirip dengan gaya ekzos dari MV Agusta F3 cuma TnT 135 memiliki 2 peredam sahaja.  Continue reading “2016 Benelli TNT 135 – model jalanan kompak”

Galeri: Gambar Studio Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) – RM7,068.08 (harga asas termasuk GST)

 

Yamaha 135LC 4-kelajuan kini rasmi dengan 5 peningkatan iaitu (1) lampu reraup yang berbeza, (2)lampu reraup kini LED bukan lagi halogen, (3)lampu belakang yang lebih tinggi pada bar pemegang belakang (bar pemegang belakang juga menerima perubahan rekaan), (4)rekaan lampu belakang diubah dengan lampu isyarat yang terpisah (mengikut peraturan UNECE) dan yang kelima visor penghadang angin kini datang sebagai aksesori asas.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu putih/hitam dengan rim merah, merah/hitam dan biru/kelabu dengan rim hitam bergaris putih.

Semua pilihan warna ini datang dengan satu varian sahaja iaitu klac automatik. Tiada model 135LC yang 5-kelajuan dengan klac manual seperti yang dapat kami perhatikan. Adakah ini bermakna model Yamaha 135LC 5-kelajuan klac manual yang diperkenalkan pada 2011 sudah tiada lagi dalam produksi? Ini logik dan bertepatan dengan model Y15ZR yang hanya hadir dengan varian klac manual sahaja. Apa kata anda?

Silalah semak galeri gambar studio rasmi yang jelas dan beresolusi tinggi:   Continue reading “Galeri: Gambar Studio Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) – RM7,068.08 (harga asas termasuk GST)”

Yamaha 135LC (2016) Malaysia – 5 peningkatan

2016-135LC-Msia-f

Yamaha 135LC menerima grafik baru untuk 2016 dan juga sedikit kemaskini pada beberapa bahagian luarannya.
1)    Lampu reraup yang berbeza
2)    Lampu reraup kini LED
3)    Lampu belakang yang lebih tinggi pada bar pemegang belakang. Bar pemegang belakang juga menerima perubahan rekaan.
4)     Rekaan lampu belakang diubah dengan lampu isyarat yang terpisah (mengikut peraturan UNECE).
5)     Visor kini datang sebagai aksesori asas.  Continue reading “Yamaha 135LC (2016) Malaysia – 5 peningkatan”