Sky Team Motorcycles Memperkenalkan Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 – RM7,366.78

 

 

  • Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 telah dilancarkan awal hari ini di Litar ELITE Speedway PLUS.
  • Cafè racer ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 125cc satu silinder yang menjana 11hp pada 8,500rpm dan 8.5Nm tork pada 7,500rpm.
  • Cafè racer sedia ditunggang dari Sky Team ini boleh didapati pada harga RM7,366.78 (harga atas jalan).

Continue reading “Sky Team Motorcycles Memperkenalkan Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 – RM7,366.78”

PENGEMBARAAN 6 SEMPADAN INDOCHINA DARI PULAU PINANG SEJAUH 6,011KM DENGAN SYM SPORTS RIDER 125i dan VTS200

Ikuti kisah perjalanan keluarga penunggang motosikal Rusli Osman dan panduan mereka untuk pengembaraan bermotosikal

Dalam jelajah motosikal yang sungguh mengujakan yang mengambil masa selama enam belas hari dan menjangkaui 6,011km, seorang penunggang motosikal berpengalaman Rusli Osman bersama-sama dengan isterinya Yong Suzi serta anak perempuan mereka Yong Sofea telah berjaya melalui enam sempadan Indochina dalam jelajah bermotosikal terbarunya gembira untuk berkongsi pengalaman serta beberapa panduan sepanjang perjalanan beliau merentasi enam sempadan Indochina kepada mereka yang mungkin berminat dalam jelajah seperti itu. Dalam temu bual, Rusli dan keluarganya juga berkongsi  cabaran yang dihadapi, kejadian misteri, serta pengalaman mereka dengan menggunakan SYM Sport Rider 125i dan VTS200 sebagai pengangkutan utama dalam perjalanan mereka.   Continue reading “PENGEMBARAAN 6 SEMPADAN INDOCHINA DARI PULAU PINANG SEJAUH 6,011KM DENGAN SYM SPORTS RIDER 125i dan VTS200”

Galeri: 2017 Yamaha Ego Solariz 125cc dilancarkan di Malaysia – RM5,548 (asas termasuk GST)

HLYM melancarkan satu lagi Ego mereka dengan hadirnya Yamaha Ego Solariz yang memfokuskan kepada jentera automatik yang ‘Segalanya Mungkin’. Jentera automatik (skuter) semakin meningkat dari segi popularitinya berbanding beberapa tahun lepas dimana setiap pengeluar utama motosikal turut mengeluarkan jentera automatik mereka. Lihat saja Honda dengan BeAt, Kawasaki dengan J300, Suzuki dengan Nex dan Modenas dengan Karisma 125.

Tidak dapat dielak lagi dengan peraturan baru, maka, Ego Solariz ini dilengkapi dengan lampu isyarat belakang yang capang. Lampu isyarat seperti ini tidaklah saya sendiri gemari kerana mudah terlanggar dan mudah patah. Apakan daya, ini peraturan baru.   Continue reading “Galeri: 2017 Yamaha Ego Solariz 125cc dilancarkan di Malaysia – RM5,548 (asas termasuk GST)”

Kawasaki Z125 Pro edisi khas warna biru/hitam metalik


Kawasaki hadir dengan edisi khas Kawasaki Z125 Pro warna biru plasma gula-gula (Candy Plasma Blue) / hitam percikan metalik (Metallic Spark Black). Rim sukan pada edisi ini berwarna emas bersekali dengan sentuhan warna emas juga pada suspensi terbalik hadapan.


Jentera 125cc genit ini telah diperkenalkan di Malaysia pada 8 Disember 2015, iaitu pada tahun lepas. Harganya untuk edisi biasa adalah RM9,900 (asas tidak termasuk GST).

Walaupun jentera ini genit, tangki agak besar dengan saiz 7.4 liter yang memastikan anda boleh bergerak dengan lebih jauh berbanding jentera 125cc lain.

Spesifikasi Teknikal Kawasaki Z125 Pro

ENGINE

Type:                                     Air-cooled, 4-stroke Single

Displacement:                     125 cc

Bore and Stroke:                 56.0 x 50.6 mm

Compression ratio: 9.8:1

Valve system:                      SOHC, 2 valves

Fuel system:                        Fuel injection: ø24 mm x 1

Ignition:                                Digital

Starting:                                Electric

Lubrication:              Forced lubrication, wet sump

PERFORMANCE

Maximum power:                 7.2 kW {9.8 PS} / 8,000 min-1 (MYS)

Maximum torque:                9.6.N.m {0.98 kgf.m} / 6,000 min-1 (MYS)

DRIVETRAIN

Transmission:                                  4-speed, return

Final drive:                           Chain

Primary reduction ratio:      3.409 (75/22)

Gear ratios:

1st:                                         3.000 (36/12)

2nd:                                       1.938 (31/16)

3rd:                                        1.350 (27/20)

4th:                                          1.087 (25/23)

Final reduction ratio:          2.143 (30/14)

Clutch:                                  Wet multi-disc, manual

FRAME

Type:                          Backbone, high-tensile steel

Wheel travel:

front   100 mm

rear         104 mm

Tyre:         front         100/90-12 49J

rear         120/70-12 51L

Caster (rake):                       26°

Trail:                           69 mm

Steering angle:                    42° left/ 42° right

BRAKES

Front Brake: 200mm Disc

Rear Brake : 184mm Disc

SUSPENSION

Front Suspension: ø30 mm inverted fork

Rear Suspension : Offset laydown single-shock with adjustable preload

WHEELS & TYRES

Front Tyre : 100/90 12

Rear Tyre : 120/70 12

Front Wheel: 12-inch

Rear Wheel: 12-inch

DIMENSIONS, WEIGHT & CAPACITIES

Overall Length   : 1700 mm

Overall Width     : 740 mm

Overall Height   : 1005 mm

Kerb/Wet Weight   : 101 kg

Fuel Tank Capacity: 7.4L

Sumber: khi.co.jp

2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia – RM7,990 (asas)

BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap pada semua jenis keadaan jalan raya. Enjin ini mampu menjana 12.6hp @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum pada 10.8Nm @ 7,000RPM.

2017 Benelli TnT135

“Meskipun model TnT135 ini dikategorikan sebagai motosikal mini, dari segi hamburan kuasa ia tidak mengecewakan. Dengan kawalan kuasa di tangan dan ketangkasan yang mudah dikawal, saya yakin motosikal baru ini mampu menakluki keyakinan dan naluri penungganya nanti” kata Low Kin Yong Pengurus Besar BENELLI Malaysia.   Continue reading “2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia – RM7,990 (asas)”