Kawasaki ZX-10RR 2018 Diperkenalkan – “Jika Ianya Tidak Rosak, Jangan Betulkannya!”

 

  • Kawasaki baru sahaja melancarkan motosikal terbaru mereka, Kawasaki ZX-10RR 2018 yang secara amnya mengandungi pertukaran dua warna pada komponennya.
  • Motosikal ZX-10RR ini masih menggunakan enjin DOHC, empat-selari, sejukan cecair, 998cc, sedia perlumbaanya itu yang telah diperhalusi sedikit untuk reliabiliti dan prestasi yang lebih baik.
  • Generasi terbaru ZX-10RR ini telah diletakkan harganya bermula dari £16,249 (sekitar RM90,959) di pasaran United Kingdom (UK).

Continue reading “Kawasaki ZX-10RR 2018 Diperkenalkan – “Jika Ianya Tidak Rosak, Jangan Betulkannya!””

MV Agusta Lancarkan Motosikal Replika MV Agusta F4 RC WorldSBK 2018

 

  • MV Agusta baru sahaja memperkenalkan motosikal replika terbaru mereka, motosikal replika MV Agusta F4 RC WorldSBK 2018 sejurus selepas pengumuman mengenai motosikal F4 LH44.
  • Motosikal F4 RC yang baru ini didatangkan kit perlumbaan yang menarik, antaranya adalah ekzos sistem sepenuhnya SC Project, ECU perlumbaan, penutup tangki bahanapi lepasan-pantas, bahagian karbon fiber, dan banyak lagi.
  • Sebaik sahaja dilengkapkan dengan kit perlumbaan, motosikal replika F4 RC WorldSBK ini dikatakan dapat menghasilkan 212hp dan 115Nm tork dan
    mencecah kelajuan maksimum sehingga 302km/j tanpa sebarang masalah.

Continue reading “MV Agusta Lancarkan Motosikal Replika MV Agusta F4 RC WorldSBK 2018”

Panduan Motosikal Besar Honda Untuk Penunggang Baru!

 

  • Pada hari ini, kami akan bawakan satu panduan motosikal besar Honda yang berada di Malaysia istimew buat para penunggang baru.
  • Kebanyakan orang Malaysia sudah pasti tahu mengenai Boon Siew Honda (BSH), satu nama yang terkenal dengan motosikal dan skuter berkapasiti kecil. BSH juga ada menawarkan rangkaian motosikal berkapasiti besar.
  • Bermula dengan superbike Honda CBR1000RR yang begitu berkuasa sehinggalah cruiser Honda 500 Rebel, akan ada motosikal Honda yang bersesuaian untuk semua orang tidak kira penunggang baru atau veteran.

Continue reading “Panduan Motosikal Besar Honda Untuk Penunggang Baru!”

Adakah Ini BMW S1000RR 2018 Yang Terbaru?

 

  • Terdapat sebuah gambar yang telah tersebar di atas talian yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai generasi terkini BMW S1000RR 2018.
  • Difotograf oleh Motorrad Magazine, motosikal lumba baru yang dikatakan dari BMW Motorrad itu dilengkapi dengan kemaskini keseluruhan baru pada bahagian casisnya, lenganbuai, dan panel badannya yang lain.
  • Khabar angin juga turut tersebar mengenai enjin empat silinder terbaru dari BMW yang akan mereka gunakan pada motosikal lumba premium generasi berikutnya pada tahun yang mendatang.

Continue reading “Adakah Ini BMW S1000RR 2018 Yang Terbaru?”

Isle of Man TT 2017 – Guy Martin Menarik Diri Dari Perlumbaan TT Senior Terakhir

Sumber imej: Grimsby Telegraph

 

  • Penunggang Honda Racing, Guy Martin, telah membuat keputusan untuk menarik diri dari perlumbaan TT Senior terakhir dalam Isle of Man TT 2017.
  • Disebabkan masa yang terhad diluangkan dalam pembangunan motosikal beserta dengan cuaca yang buruk dan kemalangan superbike Martin pada hari Ahad, keputusan itu dibuat untuk kebaikan semua pihak.
  • “Kami tidak mencatat masa yang diperlukan untuk menjadi cukup kompetitif di sini, kami memerlukan lebih masa untuk mengatur cara motosikal ini dan melakukan hanya enam pusingan (TT Senior) tidak akan mencapai apa yang kami ingin lakukan.”

Continue reading “Isle of Man TT 2017 – Guy Martin Menarik Diri Dari Perlumbaan TT Senior Terakhir”

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP didedahkan – MV25 dan VR46

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah didedahkan dengan rasminya dan sedia untuk beraksi pada musim 2017 ini.

Menariknya kali ini, pasukan Movistar Yamaha MotoGP memilih Maverick Vinales dari pasukan Suzuki sebagai gandingan bersama Valentino Rossi setelah Jorge Lorenzo berpindah ke pasukan Ducati.   Continue reading “Pasukan Movistar Yamaha MotoGP didedahkan – MV25 dan VR46”

2017 Aprilia RSV4 R FW-GP – jentera V4 berkuasa 250hp berasaskan dari MotoGP

Aprilia pada penghujung 2016 ini telah mempersembahkan jentera yang cukup menarik dengan kuasa melebihi 250hp berasaskan dari jentera yang pernah digunakan pada perlumbaan MotoGP pada 2015 iaitu RS-GP 15. Jentera ini adalah Aprilia RSV4 R FW-GP.

Jentera ini menggunakan saiz gerek yang lebih besar iaitu 81mm, 3mm lebih besar daripada saiz gerek RSV4 yang biasa iaitu pada 78mm. Secara teorinya ini akan meningkatkan nisbah mampatan dan pada masa yang sama juga akan meningkatkan sedikit kapasiti enjin.  Continue reading “2017 Aprilia RSV4 R FW-GP – jentera V4 berkuasa 250hp berasaskan dari MotoGP”

KTM RC16 menyertai pusingan terakhir MotoGP Valencia dalam pasukan Red Bull KTM Racing

KTM akan meneruskan usahanya untuk membangunkan jentera RC16 kali ini dengan menyertai pusingan terakhir dalam siri MotoGP di Valencia. 

Jentera ini akan dikendalikan oleh Mika Kallio dengan nombor perlumbaan #36
Continue reading “KTM RC16 menyertai pusingan terakhir MotoGP Valencia dalam pasukan Red Bull KTM Racing”

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R nine T Scrambler – RM92,900

the-new-bmw-r-ninet-scrambler-1

BMW Motorrad Malaysia membawakan kepada peminat jenteranya disini dengan BMW R nine T Scrambler. Sejarah model Scrambler untuk BMW bermula pada 1951 dimana BMW R 68 telah dipersembahkan di International Bicycle and Motorcycle Fair IFMA di Frankfurt dengan ekzos tinggi konfigurasi 2-1.

BMW R nine T ini dikuasakan oleh enjin peninju (boxer) 2-silinder dengan penyejukan udara yang klasik. Saiz gerek dan lejang pada 101mm x 73mm memberikan jumlah kebuk pembakaran pada 1,170cc. Kuasa maksimum yang mampu dijana oleh enjin yang lebar ini adalah 110hp dan 116Nm pada 6,000RPM dengan putaran enjin maksimum pada 8,500RPM. Semua kuasa ini disalurkan kepada kotak gear 6-kelajuan.

Data penggunaan minyak menunjukkan BMW R nine T mampu bergerak 100km dengan 5.3 liter petrol.  Tangki petrolnya juga besar pada kapasiti 17 liter untuk memastikan anda dapat bergerak jauh. Continue reading “BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R nine T Scrambler – RM92,900”