2017 Honda CBR500R (Std: RM31,681.28) dan CB500F (Std: RM31,363.28) kemaskini di Malaysia

2017 Honda CBR500R – Lemon Ice Yellow

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR500R dan CB500F model 2017 dengan warna baharu. Kedua-dua jentera ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa 37KW pada 8,500 rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7000 rpm. Continue reading “2017 Honda CBR500R (Std: RM31,681.28) dan CB500F (Std: RM31,363.28) kemaskini di Malaysia”

Boon Siew Honda mengemaskini Honda CBR250R untuk 2017 dengan grafik dan warna baru – RM 21,940.94 (Black) to RM 22,258.94 (Millennium Red, Lemon Ice Yellow) termasuk GST

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR250R (bukan CBR250RR ya!) Baharu hari ini. CBR250R terbaru dalam tahun 2017 ini mengabungkan semua kualiti jentera 250CC siri CBR seperti prestasi tinggi, dinamik pengendalian intuitif dan mudah terkawal.


CBR250R Baharu ini amat sesuai bagi sesiapa, dari penampilan santai ke bergaya, yang ingin menjimatkan masa dan wang. Penunggang pasti akan tertarik oleh pengendalian yang mudah, enjin berkuasa dan casis yang kompak.   Continue reading “Boon Siew Honda mengemaskini Honda CBR250R untuk 2017 dengan grafik dan warna baru – RM 21,940.94 (Black) to RM 22,258.94 (Millennium Red, Lemon Ice Yellow) termasuk GST”

2017 Yamaha Vixion serba baru dilancarkan di Indonesia – Rp26juta (RM8,487.35)

Yamaha Motor Indonesia memperkenalkan model serba baru Vixion untuk 2017 dengan beberapa peningkatan yang tiada pada model sebelum ini. Yamaha Vixion juga dikenali sebagai FZ150i di Malaysia. Salah satu penambahbaikan yang telah dibuat adalah dengan penggunaan sistem klac yang baru.

Jentera 150cc Vixion ini menerima sistem klac baharu dengan fungsi Bantu & Gelincir (Assist & Slipper). Sistem Klac Bantu & Gelincir ini biasanya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi dalam 500cc ke atas. Namun dapat dilihat tren masa kini dimana jentera 250cc turut menerima sistem ini. Pada jentera 150cc ini, kami merasakan fungsi klac sebegini adalah sedikit ‘overkill’.   Continue reading “2017 Yamaha Vixion serba baru dilancarkan di Indonesia – Rp26juta (RM8,487.35)”

MotoGP 2017, America: Marquez Menang Kali ke-5 di Texas, Vinales terbabas, Rossi ke-2

Marc Marquez kembali menunjukkan taringnya dengan memenangi perlumbaan di Texas, Amerika. Setakat ini, Marquez telah memenangi 5 kedudukan pertama kelayakan dan 5 kali kemenangan juga di sini. Vinales yang dikatakan bakal mencabar Marquez, terbabas pada Selekoh 18 dengan baki 20 pusingan.  

Continue reading “MotoGP 2017, America: Marquez Menang Kali ke-5 di Texas, Vinales terbabas, Rossi ke-2”

Basikal Tayar Tanpa Angin ‘Air Free Concept’ dari Bridgestone

Bridgestone  Corporation kini mengumumkan kepada dunia bahawa mereka telah menghasilkan tayar basikal generasi hadapan sebagai satu usaha untuk memajukan teknologi ‘Air Free Concept‘ iaitu teknologi tayar tanpa angin. Ini akan membolehkan pihak Bridgestone untuk mengkaji penggunaan tayar ini dalam keadaan sebenar dan akhirnya diharapkan tayar ini dapat menemui pengguna pada 2019 nanti.   Continue reading “Basikal Tayar Tanpa Angin ‘Air Free Concept’ dari Bridgestone”