BMW R nineT Sun Kist BikeBiz

Membina motosikal buatan khas tidak semesti bermakna anda seharusnya ‘membogelkan’ motosikal kesayangan anda. Konsep ini telah didemonstrasi di sini oleh binaan BikeBiz ini, BMW R nineT Sun Kist. Satu pilihan yang menarik buat para pemilik BMW R nineT dan R NineT Racer.

Motosikal Superbike MondialMoto V5 2019 Bakal Tiba Dalam Masa Terdekat – 200hp!

Motosikal superbike MondialMoto V5 2019 dikatakan bakal membuat kemunculan sulungnya pada penghujung tahun ini. Dengan pengalaman yang luas dalam perlumbaan motosikal, motosikal superbike generasi terbaru mereka itu akan dijana oleh sebuah enjin V5 1,000cc, 200hp. Tempahan telah dibuka sekarang bermula dari harga €27,995 hingga €35,995 (kira-kira RM130,084 hingga RM167,225).

GB Workshop Kini Dibuka Untuk Semua Motosikal Aprilia Bagi Kerja Penyelenggaraan Dan Membaiki

GB Workshop telah mengumumkan yang mereka telah bersedia untuk menerima kunjungan motosikal Aprilia bagi tujuan penyelenggaraan dan kerja membaiki. Bengkel berkenaan telah dilengkapi dengan peralatan terkini termasuklah “Piaggio Advanced Diagnostics System”. Bengkel ini dikendalikan dan adalah milik Didi Resources Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar Aprilia di Malaysia.

Negara Jerman Akan Gantikan Papan Tanda Jalan Raya Buatan Besi Dengan Buatan Plastik

Kita sebagai para penunggang motosikal telah sedia maklum buat sekian lama bahawa pertembungan dengan papan tanda besi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau pun kemalangan jiwa. PBB dan Kesatuan Eropah telah mengesyorkan yang papan tanda buatan besi dan penghadang dibuang. Negara Jerman menerajui usaha dengan menggantikan papan tanda buatan besi dengan buatan plastik.