Franco Morbidelli Gembira Dapat Hadiahkan Tempat Lima Teratas Pertama Buat Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team

Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

Shell Malaysia Bina Fasiliti Penyimpanan Tercanggih

Shell Malaysia telah melancarkan sebuah tangki penyimpanan bahanapi minyak petrol baharu dan kawasan pemunggahan tambahan. Langkah ini membolehkan Shell Malaysia memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi minyak petrol Shell di Zon Tengah. Tangki ini mempunyai kapasiti sehingga 10 juta liter dan mampu mengagihkan 1,800 liter minyak petrol dalam satu minit.

Suzuki Katana 2019 Telah Tiba Di Malaysia!

Suzuki Malaysia telah memuatnaik dalam laman Facebook mereka gambar motosikal Suzuki Katana 2019 yang telah pun tiba di tanah air kita! Bagaimana pun, maklumat tambahan mahu pun harga rasminya masih tidak diketahui. Satu carian di Mudah.my mendapati ada pos-pos dari bulan lepas yang menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM85,000.