Demak melancarkan 8 model untuk 2017 – Sprinter 125, Ace 200, Explorer 150, Kobra 110, EZIO 110, Xplor 150, DJ90 (kemaskini) dan D7 (kemaskini)

 

Demak membawakan 8 jentera dua roda kepada rakyat Malaysia iaitu Sprinter 125, Ace 200, Explorer 150, Kobra 110, EZIO 110, Xplor 150 dan model kemaskini iaitu D90 dan D7 150. Terdapat 4 lagi model lain yang hadir dalam 3 dan 4 roda.

Continue reading “Demak melancarkan 8 model untuk 2017 – Sprinter 125, Ace 200, Explorer 150, Kobra 110, EZIO 110, Xplor 150, DJ90 (kemaskini) dan D7 (kemaskini)”

Intip: Adakah ini Yamaha NVX 155 di Rawang?

Yamaha NVX 155 kah?

Sekeping gambar kiriman pembaca, menunjukkan sekilas pandang raut jentera automatik yang ditunggu-tunggu oleh peminat dua roda di Malaysia, iaitu, Yamaha NVX 155.

Mengapa jentera ini ditunggu-tunggu walaupun hanyalah jentera skuter sahaja? Pada pendapat kami, jentera ini menfokuskan kepada prestasi dengan enjin 155.1cc yang dilengkapi dengan sistem VVA yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm @ 6,250RPM. Jumlah kuasa maksimum ini hanya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang melepaskan 11.3kW (15.4PS) @ 8,500RPM. 

Continue reading “Intip: Adakah ini Yamaha NVX 155 di Rawang?”

MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019

Jentera Mugen Shinden Roku Elektrik Sepenuhnya untuk Isle of Mann TT Zero

Menurut laporan The Verge, Carmelo Ezpeleta, CEO syarikat yang menguruskan MotoGP menyatakan kepada Motorsport.com bahawa kemungkinan pada 2019 akan menyaksikan siri perlumbaan sokongan MotoGP dengan jentera elektrik sepenuhnya.

Empat pengeluar telah mengesahkan minat mereka untuk menyertai siri ini, menurut Ezepeleta. Kelajuan maksimum jentera elektrik ini adalah dalam 124mph (199kmh) dengan 10 pusingan.   Continue reading “MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019”

Hafizh Syahrin menjuarai perlumbaan pembukaan FIM CEV Repsol Circuito de Albacete

Satu lagi kebanggaan kepada Malaysia setelah Hafizh Syahrin berjaya mendapat kedudukan pertama di Circuito de Albacete bagi siri FIM CEV Repsol dalam kategori Moto2.  

Continue reading “Hafizh Syahrin menjuarai perlumbaan pembukaan FIM CEV Repsol Circuito de Albacete”

2017 Honda Civic Type R menetapkan rekod pusingan bagi pacuan roda hadapan di Nürburgring – 7min 43.8saat

 Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye<br /> Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _170.cr2
2017 Honda Civic Type R Nurburgring Time Attack

Rekod dibawah 8min adalah cukup baik bagi mana-mana jentera yang diuji di Nurburgring. Lihat sahaja disini (List of Nurburgring Lap Times: Wikipedia), dimana Nissan Skyline R33 dan Porsche 911 Carrera S berada dalam senarai ini.

Honda Civic Type R 2017 mencatatkan rekod pusingan 7min 43.8saat di Nürburgring Nordschleife pada 3 April 2017 dan rekod ini merupakan tanda aras terbaru untuk jentera pacuan roda hadapan.   Continue reading “2017 Honda Civic Type R menetapkan rekod pusingan bagi pacuan roda hadapan di Nürburgring – 7min 43.8saat”

Pesawat Pertama Buatan China kini sedia Berlepas

China bukan sahaja boleh membuat kereta dan motosikal, kini mereka mampu menghasilkan pesawat sendiri, C919, yang dikatakan akan menyaingi Boeing dan Airbus.

Commercial Aircraft Corporation of China (Comac) adalah syarikat yang merekacipta dan membangunkan pesawat terbesar dalam sejarah negara China yang telah ditubuhkan sejak 2008. 

Continue reading “Pesawat Pertama Buatan China kini sedia Berlepas”

Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999

Mungkin anda pernah melihat jentera ini yang telah viral pada satu ketika dulu, namun, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi.

Kali ini, maklumat terkini menunjukkan bahawa motosikal elektrik berbumbung ini sedia diimpot ke Malaysia dengan harga RM14,999 untuk Semenanjung dan RM15,999 untuk Sabah dan Sarawak.

Continue reading “Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia – RM14,999”

Boon Siew Honda Menandatangani Perjanjian Dengan Honda Motor Co. Ltd Untuk Mengeksport RS150R Model

Boon Siew Honda (BSH) apabila BSH menandatangani satu
perjanjian dengan Honda Motor Co., Ltd. (HM) di Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk mengeksport model motosikal tempatan, RS150R mengikuti dasar kerajaan dan menggalakkan kesan positif di Malaysia.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) turut hadir di Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk menyaksikan acara sulung ini di MAI, Cyberjaya.

Dengan lebih daripada 60 tahun kewujudan pasaran di Malaysia, BSH melihat satu jualan lebih besar dengan mensasarkan 700 unit RS150R untuk dieksport dalam tahun fiskal pertama ini.
Model RS150R telah dilancarkan pada Jun 2016 dan di pasaran untuk rakyat Malaysia pada Ogos 2016.   Continue reading “Boon Siew Honda Menandatangani Perjanjian Dengan Honda Motor Co. Ltd Untuk Mengeksport RS150R Model”