Mforce Bike Lancarkan Kempen Servis Selepas Banjir Bagi Mangsa Banjir Pulau Pinang

 

  • Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sedang menganjurkan sebuah Kempen Servis Selepas Banjir istimewa buat semua pemilik motosikal SYM, Benelli, Keeway, dan SM Sport yang terjejas akibat banjir yang telah melanda Pulau Pinang.
  • Ke semua pemilik motosikal bagi jenama yang telah dinyatakan berhak ke atas diskaun sebanyak 50% bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin PJ1 beserta dengan upah kerja percuma.
  • Kempen servis ini akan berlangsung dari 15 November sehingga 18 November 2017 di pengedar yang terpilih di bahagian pulau dan di tanah besar (Seberang Perai).

 

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar rasmi bagi motosikal SYM, Benelli, Keeway, dan SM Sport di Malaysia baru sahaja melancarkan Kempen Servis Selepas Banjir di Pulau Pinang. Bermula dari 15 hingga 18 November 2017, ke semua pemilik motosikal SYM, Benelli, Keeway, dan SM Sport yang terjejas akibat banjir yang telah melanda negeri Pulau Pinang baru-baru ini berhak ke atas diskaun sebanyak 50% bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin PJ1 beserta dengan upah kerja percuma.

Empat buah pengedar yang terletak di bahagian pulau dan tanah besar (Seberang Perai) telah dipilih bagi menjalankan kempen yang istimewa ini untuk membantu pemilik motosikal yang telah terjejas akibat bencana banjir yang telah melanda negeri di wilayah utara tanah air pada minggu yang lalu. Maklumat mengenai empat buah pengedar yang terpilih itu adalah seperti berikut:

 

15/11/2017 – KB SOON HUAT Sdn Bhd (SUNGAI DUA)

No 94 96 98 100, Lrg Merbau Jaya 1, Tmn Seri Merbau, 13800 Butterworth

Tel: 012-528 1241 – Mr William Khoo

 

16/11/2017 – SHIN HUP HING MOTOR Sdn Bhd

No 503 Jln Tanah Liat, 14000 Bkt Mertajam

Tel: 012-479 0106 – Mr Khor

 

17/11/2017 – KB SOON HUAT Sdn Bhd (SYM SMARTSHOP)

1266, Jln Baru Tmn Emas, 13600 Penang

Tel: 017-489 8483 – Ms Khoo

 

18/11/2017 – CHANG MOTOR Sdn Bhd

224 E&F, Jln Burma, 10350 Georgetown, Penang

Tel: 016-443 3856 – Ms Foong

 

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kempen servis yang telah dianjurkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. ini bolehlah menghubungi mana-mana satu pengedar yang terpilih bagi mendapatkan maklumat selanjutnya. Selain itu, anda juga secara alternatifnya boleh menghubungi pusat perkhidmatan mereka di talian 04-554 1777.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]