Moto3: Joan Mir Ditabalkan Juara Dunia Moto3 2017!

 

  • Setelah selesai pusingan MotoGP Australia semalam, Joan Mir dari pasukan Leopard Racing telah ditabalkan sebagai Juara Dunia Moto3 2017 selepas memenangi perlumbaan ke-sembilannya untuk musim ini.
  • Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu telah membuat kemunculan sulungnya hanya dua tahun yang lalu di litar yang sama di mana dia memenangi Kejohanan Dunia Moto3 2017.
  • Pertarungan yang sengit di Phillip Island terpaksa dihentikan oleh kerana hujan yang lebat di mana Joan Mir diumumkan sebagai pemenang perlumbaan dan juara keseluruhan.

Joan Mir dari pasukan Leopard Racing telah pun ditabalkan sebagai Juara Dunia Moto3 2017 selepasa satu pertarungan yang hebat semalam. Dengan keadaan cuaca yang sentiasa berubah yang mengakibatkan berkibarnya bendera merah akibat hujan, Arahan Perlumbaan telah menghentikan perlumbaan di mana penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu telah memenangi perlumbaan di Phillip Island di mana dengan kemenangan itu telah mengesahkannya sebagai Juara Dunia Moto3 bagi musim 2017.

Dengan sembilan kemenangan perlumbaan dan berbakikan 2 pusingan lagi, penunggang dari Sepanyol itu telah pun mempunyai mata yang mencukupi untuk ditabalkan sebagai juara. Manambahkan lagi kegembiraan dalam sambutannya itu, pasukannya telah memperoleh penamat satu-dua apabila penunggang berusia 20 tahun dari Jerman, Livio Loi, menamatkan perlumbaannya di tempat ke-dua di atas podium.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10156230807505769/

Ianya merupakan satu pertarungan yang sengit dengan lebih daripada tujuh orang penunggang berkelompok rapat di kumpulan hadapan di mana ke semua daripada mereka bersaing dengan sengit sekali, termasuklah penunggang harapan negara kita, Adam Norrodin, dari pasukan SIC Racing Team, yang telah menamatkan perlumbaannya di tempat ke-lapan.

Jorge Martin (Del Consa Gresini Moto3) melengkapkan kedudukan podium selepas pertarungan yang hebat beserta pertukaran kedudukan yang sentiasa berlaku di antara penunggang teratas. Secara keseluruhannya, lapan penunggang teratas telah dipisahkan dengan jarak masa kurang daripada satu saat.

Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers) telah melakukan segalanya yang termampu bagi memastikan yang persaingan untuk kejohanan dunia itu dapat diteruskan di dua pusingan yang berikutnya. Penunggang muda dari Itali juga turut mendahului GP Australia itu buat beberapa ketika sebelum hanya mampu mengakhiri perlumbaan di tempat ke-enam setelah bendera merah dikibarkan.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10156230722030769/

Hanya pada dua tahun yang lalu di mana dia menggantikan Hiroki Ono yang tercedera di litar ini di mana di membuat kemunculan sulung Moto3-nya, Joan Mir telah memukau para penonton dan ini telah diperkukuhkan lagi dengan memenangi kejohanan Moto3 2017. Sudah pasti ianya penamat yang paling menggembirakannya dalam kerjaya Moto3 sebelum meneruskan perjalanannya buat kali pertama dalam Moto2 bermula pada musim hadapan bersama dengan pasukan Marc VDS.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjanjian Joan Mir bersama dengan pasukan Moto2, Marc VDA, TEKAN SINI.

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]