Menangi BEKALAN SATU TAHUN Petronas Sprinta dan Primax!

 

  • Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru sahaja melancarkan sebuah peraduan Pengejar Impian Facebook bermula sekarang sehingga 8 Disember 2017.
  • Tiga warganegara Malaysia yang bertuah dengan kisah penuh inspirasi yang terbaik akan berpeluang untuk memenangi bekalan minyak pelincir Petronas Sprinta dan Primax selama setahun.
  • Kempen peraduan ini telah diadakan sebagai salah satu cara bagi Petronas untuk membantu warganegara Malaysia mencapai tujuan serta impian mereka.

 

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru sahaja melancarkan peraduan “Pengejar Impian” Facebook di mana tiga orang warganegara Malaysia yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi BEKALAN PETRONAS SPRINTA ULTRAFLEX™ dan PETRONAS PRIMAX FUEL SELAMA SATU TAHUN!

Dalam usaha mereka membantu rakyat Malaysia mencapai cita-cita utama dalam kehidupan mereka, PLMM telah mengadakan peraduan Pengejar Impian Facebook yang telah pun dijalankan mulai sekarang sehingga 8 Disember 2017. Menurut Kwan Beng Keat, Pengarah Urusan Pemasaran PLMM, “Melalui peraduan Pengejar Impian Facebook ini, PLMM berharap dapat memberikan pada warganegara Malaysia galakan yang mereka perlukan untuk mencapai impian masing-masing.”

“Ianya merupakan sesuatu yang telah dilakukan oleh PETRONAS secara aktif saban tahun; seperti mana dalam PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix, di mana kami telah memupuk bakat juara dunia masa depan seperti Hafizh Syahrin, yang kini sedang bertanding dalam kejohanan Moto2™, serta Kasma Daniel, yang akan bertanding dalam kejohanan Moto3™ buat kali pertama pada tahun hadapan” tambah Encik Kwan Beng Keat lagi.

Sebagai salah satu cara yang hebat untuk berbakti semula kepada komuniti Malaysia, Petronas telah menjalankan kempen ini sebagai tanda berterima kasih atas sokongan bertahun lamanya serta dedikasi dalam menjadikan Petronas satu jenama yang cukup terkenal pada hari ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan Pengejar Impian Facebook ini, apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti beberapa langkah yang mudah ini:

1. “Like” dan “Follow” laman Facebook dan Instagram rasmi Petronas Brands.
2. Tontoni video yang disiarkan pada laman Facebook Petronas Brands yang dilabel #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta.
3. Poskan kisah penuh inspirasi anda sendiri di laman Facebook atau Instagram anda, bermula dengan “Inilah cerita pengejar impian saya….”
4. Sertakan hashtag #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta pada pos berkenaan.
5. Pastikan pos status berkenaan disetkan kepada ‘Public’.

Satu siri filem pendek yang telah didedikasikan untuk Peraduan Pengejar Impian Facebook telah dibuat sebagai salah satu cara untuk menggambarkan kisah-kisah sebilangan warganegara Malaysia yang luar biasa yang menjalani kehidupan mereka dengan penuh dedikasi serta kegigihan. Saksikanlah video pertama mereka yang menampilkan Encik Chin Kun On dan kisah dedikasinya yang menakjubkan dalam menyara keluarganya walaupun setelah kehilangan kaki kanannya pada tahun 2000.

https://www.facebook.com/PETRONASBrands/videos/1592386807486879/

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Peraduan Pengejar Impian Facebook ini, layarilah www.mymesra.com.my/pengejarimpian. Semoga berjaya kami ucapkan kepada semua!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai minyak pelincir Petronas Sprinta dengan Ultraflex™, TEKAN SINI.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]