Konvoi MotoGP 2017 GIVI B32

 

  • Konvoi MotoGP GIVI B32 akan bermula dari Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.
  • Konvoi ini dijadualkan pada hari Ahad, 29 Oktober 2017.
  • Para peserta akan menerima pelbagai hadiah yang menarik!

Saban tahun, terdapat begitu banyak konvoi yang boleh kita nantikan semasa berlangsungnya acara motosikal yang amat dinanti-nantikan, iaitu pusingan MotoGP Malaysia. Salah sebuah konvoi berkenaan sudah semestinya adalah konvoi yang dianjurkan oleh pengeluar kelengkapan menunggang dan bagasi motosikal terkemuka dunia, GIVI.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, GIVI telah mengadakan satu promosi bagi sebuah produk ‘top box‘ yang baru keluaran mereka bersempena dengan pusingan MotoGP berkenaan. Bagi tahun ini, ianya merupakan ‘top box‘ GIVI B32 “Bold” Monolock yang baru sahaja mereka perkenalkan (TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelancaran serta maklumat mengenai ‘top box‘ berkenaan).Kami telah berpeluang untuk mencuba model pra- produksi ‘top box‘ B32 Bold berkenaan, di mana kualiti dan pengalaman menggunakan kotak berkenaan adalah amat positif sekali (TEKAN SINI untuk liputan kami mengenai GIVI Media Ride).

Bagi menyertai konvoi ini, caranya amat mudah sekali. Bagi pemilik semasa GIVI B32 Bold, anda hanya perlu menghantar Whatsapp ke talian 012-6253800 untuk maklumat yang lanjut.


Bagi para pembeli baru, butiran dan borang-borangnya telah disertakan sekali dalam kotak. Sila ikuti langkah-langkah serta arahannya untuk mengambil bahagian dalam konvoi ini.

Para peserta bukan sahaja dapat mengikuti konvoi berkenaan,malah akan diberikan pelbagai hadiah yang menarik:

1x tiket Grandstand K1.
1x Jersi MotoGP GIVI (Edisi Terhad).
1x Beg kantung pinggang GIVI.
1x Topi GIVI.
1x Beg helmet GIVI.
1x Minyak enjin Castrol (1L).
1x Tin minuman tenaga Monster Energy.
1x Pelekat parkir motosikal.
1x Pakej sarapan.


Konvoi MotoGP GIVI akan berkumpul untuk permulaan di mercu tanda yang terkenal pada tiap-tiap tahun. Untuk tahun ini, Menara Kuala Lumpur telah terpilih sebagai tempat permulaan. Para peserta akan berkumpul di sana pada hari Ahad, 29 Oktober 2017.

Tempat adalah terhad, jadi, bertindaklah dengan segera!

Leave a Reply