Honda Telah Mengeluarkan Sebuah Video Usikan Gold Wing

  • Honda telah mengeluarkan sebuah video usikan Gold Wing.
  • Model yang baru ini dibikin untuk mematuhi piawaian emisi baru.
  • Keselesaan, kehalusan, dan keserbabolehannya menjadikan motosikal Gold Wing yang baru ini sebagai motosikal kembara yang muktamad.

Selepas spekulasi hebat selama berbulan-bulan, Honda baru sahaja mengeluarkan sebuah video usikan bagi motosikal Honda Gold Wing.

Honda Gold Wing 2017

Bermula dengan tindakan badan pengawal atur Jepun mengetatkan lagi piawaian emisi bagi menandingi piawaian Euro4, Honda akan dalam masa terdekat akan menghentikan pengeluaran model semasa dan beberapa buah model yang lain. Atas sebab itu, pengeluar motosikal terbesar Jepun itu bertindak dengan menghasilkan motosikal Gold Wing yang serba baru.

Berita mengenai motosikal baru ini telah pun dibocorkan ke tangan media dunia pada bulan lalu, diikuti dengan gambar yang dikatakan adalah rupa akhir motosikal berkenaan. (TEKAN SINI untuk membaca laporan kami.)

Gambar yang telah dibocorkan yang menunjukkan sebuah motosikal Honda Gold Wing 2018

Daripada menidakkan kebenaran tentang gambar-gambar berkenaan, Honda sebaliknya telah menayangkan sebuah video usikan yang diberi nama “Beyond the Standard”, menonjolkan evolusi motosikal Gold Wing di sepanjang zamannya.

Honda Gold Wing F6B 2016

Semenjak kelahirannya pada tahun 1975, motosikal Honda Gold Wing telah dikenali sebagai sebuah motosikal kembara yang terulung di kalangan peminatnya. Keselesaan penunggang, keserbabolehan, dipenuhi dengan segala perincian, dan kehalusan adalah intipati motosikal ini.

Model berkenaan nyata menjadi kegemaran di pasaran Amerika Utara sehinggakan Honda Corporation telah mengambil tindakan untuk membina sebuah kilang bagi menghasilkannya di Amerika Syarikat. Kilang berkenaan telah pun dipindahkan ke Jepun beberapa tahun yang lalu.

Di Dalam negara kita Malaysia juga, terdapat ramai pemilik serta kelab motosikal Gold Wing ini. Anda dapat saksikan ratusan motosikal ini di satu tempat yang sama apabila para pemiliknya berkumpul untuk perhimpunan istimewa mahu pun ketika sebarang acara motosikal.

Saksikanlah video usikan Honda Gold Wing 2018 berkenaan di bawah!

 

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]