Temui Johann Zarco Di Spartan Concept Store, Sunway Pada 25 Oktober 2017!

Sumber imej: MotoGP

 

  • Spartan Concept Store yang terletak di Sunway akan menganjurkan satu sesi ‘meet and greet’ istimewa dengan penunggang MotoGP mereka, Johann Zarco.
  • Sesi ‘meet and greet‘ ini akan diadakan di kedai mereka pada 25 Oktober 2017 bermula dari jam 7 petang hingga jam 10 malam.
  • Bagi mereka yang hadir sebelum jam 8 malam bersama dengan motosikal masing-masing akan berpeluang untuk memenangi helmet Shark yang sebar baru, jaket Furygan, dan pelbagai lagi hadiah lain yang menakjubkan.

Sumber imej: MotoGP

Perhatian buat ke semua peminat Johann Zarco dan MotoGP di Malaysia! Spartan Concept Store dengan bangganya telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan satu sesi ‘meet and greet‘ yang istimewa bersama dengan penunggang pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco pada 25 Oktober 2017!

Bersempena dengan pusingan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2017 dalam masa beberapa minggu lagi, Spartan Concept Store yang merupakan salah satu daripada penjual semula rasmi jenama Shark Helmets dan pakaian menunggang Furygan akan membawakan penunggang MotoGP mereka itu untuk bertemu dengan para peminatnya pada tarikh 25 Oktober ini bermula dari jam 7 petang sehingga jam 10 malam.

Kedai Spartan Concept Store ini terletak di tengah-tengah bandar Sunway di alamat 15, Jalan PJS 11/16. Inilah peluang anda untuk bertemu dengan Juara Dunia dua kali Moto2, tuan-tuan dan puan-puan! Bagi mereka yang datang bersama dengan motosikal kesayangan masing-masing akan berhak ke atas satu tiket cabutan bertuah di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah helmet Shark Race R Carbon Replika Johann Zarco yang bernilai RM3,290!

Hadiah-hadiah menakjubkan yang lain termasuklah sebuah jaket Furygan Spark bernilai RM775, dan juga pelbagai hadiah-hadiah lain yang menarik. Bagi menyertai cabutan bertuah ini, pastikan anda hadir SEBELUM jam 8 malam. Jumpa anda di sana!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesi ‘meet and greet‘ bersama Johann Zarco ini, layarilah laman Facebook rasmi Spartan Concept Store.

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]