Travis Pastrana Melakukan Aksi “Backflip” Motosikal Merentasi Sungai!

Sumber imej: Akaun Twitter Nitro Circus

 

Travis Pastrana telah menjadi orang yang pertama dalam sejarah melakukan aksi “backflip” motosikal di antara dua tongkang tunda di atas Sungai Thames yang terletak di United Kingdom.
Aksi lagak ngeri ini dipersembahkan oleh legenda motocross gaya bebas itu bagi mempromosikan jelajah antarabangsa terkini Nitro Circus yang dinamakan “You Got This Tour” yang akan bermula pada bulan hadapan.
Travis Pastrana telah dikenali ramai disebabkan oleh pelbagai aksi lagak ngerinya yang melampau termasuklah sebagai orang pertama dalam sejarah yang melakukan “backflip” motosikal berganda pada tahun 2006 yang lalu.

Travis Pastrana (Sumber imej: Grind TV)

Beberapa hari yang lalu, penunggang legenda motocross gaya bebas, Travis Pastrana, dengan jayanya telah melakukan sebuah aksi “backflip” motosikal di antara dua buah tongkang tunda yang telah ditempatkan di atas Sungai Thames yang terletak di kotaraya London, England.

Travis Pastrana , ketika melakukan aksinya itu di antara dua buah tongkang tunda

Benar, Tuan-tuan dan puan-puan. Travis Pastrana memutuskan untuk melakukan aksi “backflip” motosikalnya itu di atas sebuah sungai di antara dua buah bot. Walaupun idea ini kedengaran sama gila seperti bagaimana ianya kelihatan, tiada siapa yang lebih sesuai untuk melakukan aksi yang menakjubkan ini selain Pastrana. Pengalamannya selama bertahun-tahun dengan kemenangan berbilang kejohanan dunia dalam motocross gaya bebas, Travis Pastrana merupakan seorang perintis sepanjang hidupnya.

Sumber imej: Motor Trend

Di antara semua aksi lagak ngerinya yang gila-gila, dia paling dikenali sebagai penunggang yang pertama dalam sejarah berjaya melakukan aksi “backflip” berganda dalam pertandingan, yang mana aksi itu sendiri satu pencapaian yang hebat. Dia telah berjaya melakukan aksi ini pada tahun 2006 yang lalu. Saksikan lagak ngeri itu di paparan video di bawah.

Kembali pada aksi “backflip” di atas sungai tadi. Di antara kedua-dua tongkang yang sedang bergerak itu adalah air, dengan jarak 75 kaki. Travis hanya mempunyai landasan sepanjang 150 kaki bagi mencapai kelajuan dan jarak yang lebih pendek sepanjang 36 kaki untuk berhenti sebelum dia sampai di penghujung tongkang yang kedua itu.

Sebagai pengasas bagi satu kumpulan atlit sukan aksi ekstrim yang bergelar “Nitro Circus”, aksi lagak ngeri itu telah dilakukannya bagi mempromosikan jelajah antarabangsa terkini mereka yang dinamakan “You Got This Tour’. Sarkas lagak ngeri ekstrim itu akan mengunjungi negara-negara Eropah bermula pada bulan November ini hingga Disember. Sebelum kami mengundur diri, kami persembahkan satu lagi aksi lagak ngeri daripada Travis Pastrana sendiri; Frontflip Superman Indian Air. Saksikanlah #Legend


Tunggu, ADA LAGI!

 

Leave a Reply