HJC Helmet Malaysia Memperkenalkan Model-Model Terbaru


HJC Helmet Malaysia telah memperkenalkan model-model terbaru ke rangkaian ekstensif helmet 2017.
Rangkaian ini juga termasuk watak komik Marvel tambahan.
Pastikan anda mengikuti peraduan hadiah mingguan HJC Helmet Malaysia.


Telah sekian lama HJC dikenali sebagai pembuat helmet yang menghasilkan helmet bertaraf dunia dan menawarkannya pada harga yang lebih rendah buat para pengguna.

Pengeluar helmet dari Korea Selatan itu telah memeterai perjanjian dengan Marvel Comics dan Disney Films baru-baru ini, menghasilkan helmet dengan rekaan dan grafik tersendiri daripada francais yang popular seperti Venom, Iron Man, Spider-Man, serta watak-watak Star Wars seperti Kylo Ren dan Boba Fett. Ketahuilah dengan lebih lanjut mengenainya dengan menekan SINI dan SINI.

Ianya tidak terhenti setakat di situ dan HJC Malaysia telah memperagakan beberapa buah model serta grafik baru-baru ini.

CS-15 “Spider-Man”

Helmet CS-15 adalah helmet tahap permulaan HJC yang telah menggantikan rangkaian popular CL-STII. Selesa dan agak senyap, rangkaian CS-15 ini dibikin untuk para penunggang yang baru beralih kepada motosikal berkapasiti lebih tinggi, dan inginkan sebuah helmet ‘full-face‘ yang tidak mengeringkan poket mereka. Bagaimanapun, dari segi pengelasannya, HJC mengelaskannya sebagai sebuah helmet ‘sport touring‘.

Ciri-Ciri

  • Tempurung Komposit Polikarbonat Canggih yang ringan.
  • Pad dalaman dengan NYLEX yang boleh ditanggal serta dibasuh.
  • Pelindung muka anti-kabus dan anti-sinaran UV.
  • Mekanisma penanggalan pantas pelindung muka.
  • Advanced Channelling Ventilation System (ACS) memastikan aliran udara sejuk.
  • Alur-alur cermin mata.
  • Pengancing penyesuaian mikro.
  • Perakuan ECE R22.05

IS-17 “Deadpool”

Dengan hadir grafik Marvel Comics, ramai peminat HJC dan juga filemnya telah tertanya-tanya sama ada helmet Deadpool akan dikeluarkan.

Kini, pertanyaan mereka semua telah terjawab.

Diperagakan di sini merupakan IS-17 “Merc-with-a-mouth” atau juga diikenali sebagai Deadpool. Helmet IS-17 ini adalah sebuah helmet serba guna, sama ada untuk kegunaan berulang-alik, untuk ‘sports-touring‘, mahu pun penunggangan di atas litar. HJC telah melabur dengan banyak bagi pembinaan terowong angin mereka sendiri dan hasilnya, helmet IS-17 ini direka untuk menjadi helmet yang aerodinamik dan agak senyap. Helmet ini juga mempunyai pelindung matahari ‘drop-down‘ satu sentuhan.

Ciri-Ciri

  • Tempurung Komposit Polikarbonat Canggih yang ringan.
  • Pelindung matahari yang diterapkan satu-sentuhan.
  • Pelindung muka anti- sinaran UV, anti-calar.
  • RapidFire Shield Replacement System bagi penggantian pelindung muka teramat pantas.
  • Sistem penutupan pelindung muka dua peringkat dengan kunci satu sentuhan terletak di tengah.
  • Advanced Channelling Ventilation System (ACS) memastikan aliran udara sejuk.
  • Pad atas kepala dan pad pipi boleh ditanggal dan dibasuh.
  • Perakuan ECE R22.05.

RPHA 70 ST “Grandal”

Inginkan helmet yang selesa, senyap dan stabil ketika mengembara? Dan juga yang ringan dan stabil sewaktu memecut di jalan yang lurus pada kelajuan yang tinggi, serta diperakui untuk kegunaan hari litar? Selalunya pengguna hanya dapat memilih salah satu daripada dua jenis ini bagi memenuhi keperluan anda tetapi, helmet RPHA 70 ST telah merapatkan jurang berkenaan. Di bina atas prinsip helmet perlumbaan RPHA 11, helmet RPHA 70 ST ini diperakui oleh FIM untuk kegunaan litar, menjadikannya helmet dua-dalam-satu yang sebenar.

Ciri-Ciri

  • Binaan Advanced P.I.M. Plus (Premium Integrated Matrix Plus): gentian
  • karbon, Aramid, fabrik hibrid karbon-kaca untuk rintangan hentakan yang dipertingkatkan.
  • Pelindung matahari anti-kabus bertinta kelabu yang boleh digunakan dengan pantas.
  • Sistem RapidFire untuk pemasangan dan penanggalan pelindung muka yang pantas dan tanpa menggunakan peralatan.
  • Penanggalan pad pipi kecemasan.
  • Bahagian dalaman “Multicool” dengan fabrik anti-bakteria terkini yang membekalkan penyejatan lembapan yang lebih baik dan pantas kering.
  • Pad atas kepala dan pipi dapat ditanggalkan serta dibasuh.
  • Pelindung yang sedia lensa anti-kabus.
  • Disertakan lensa sisipan anti-kabus.
  • Rekaan EPS yang mesra cermin mata.
  • Diperakui FIM dan ECE 22.05


Galeri Gambar

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]