Jelajah Motonation Menggegarkan Johor Bahru Ala “Fast and Furious”

  • Jelajah Motonation ketiga telah diadakan di Johor Bahru pada 23 September 2017 dengan kerjasama dengan komuniti penggemar sukan permotoran, JB Underground.
  • Lebih daripada 40,000 orang pengunjung telah membanjiri jelajah berkenaan yang telah dihuni oleh lebih daripada 2,000 buah kereta dan motosikal.
  • Lebih daripada 30 penjual ternama telah menyertai jelajah ini dari Digi, Renault, Petron, Spanarboy, 3M, Eagle Eyes, Uber, dan pelbagai lagi.


Semakin kita menghampiri acara utama Motonation pada bulan Disember yang akan datang, semakin giat lagi Motonation mengadakan promosi acara utamanya itu dengan beberapa siri jelajah di seluruh negara. Hentian terkininya adalah Johor Bahru di mana Motonation dengan jayanya menjalankan kempennya atas kerjasama yang kukuh bersama dengan komuniti penggemar sukan permotoran yang tersohor, JB Underground.

Perhimpunan itu menyaksikan lebih daripada 40,000 orang pengunjung membanjiri jelajah itu bagi menikmati suasananya terutamanya dengan lebih daripada 2,000 buah kereta dan motosikal yang diperagakan. Berhimpun di Sutera Square, pemandangan cukup riuh dan hiruk-pikuk seperti mana yang selalu kita lihat dalam filem, sehinggalah ke lewat malam. Orang ramai dari pelbagai latar belakang berkumpul dengan kenderaan kesayangan mereka untuk meraikan rasa cinta yang sama pada segalanya mengenai permotoran.

Pengeluar dan jenama utama tempatan dan antarabangsa juga turut serta dalam kemeriahan ini dengan menyediakan gerai mereka bagi menghiburkan para pengunjung. Syarikat seperti Digi, Renault, Honda, Petron, Spanarboy, dan banyak lagi telah mengambil bahagian dalam hentian jelajah yang ketiga ini.

Anda bayangkanlah sendiri betapa besarnya acara utama Motonation ini nanti pada 1 hingga 3 Disember 2017 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Hadirin telah dihiburkan lagi dengan persembahan utama dari legenda tempatan, OAG, beserta dengan DJ-DJ yang hebat memastikan para pengunjung kekal bersemangat sehingga ke penghujungnya. Hadirin dengan kenderaan hebat mereka mempersembahkan ‘rolling burnout‘ dan turut bersaing sesama mereka dalam pertandingan ‘loud popping ekzos‘, pertandingan audio, dan pelbagai lagi.

Jelajah Motonation yang berikutnya akan diadakan di Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 14 Oktober 2017. ‘Motokarnival’ ini kemudiannya akan menuju ke Bukit Jalil untuk Velocity Motorshow pada 28 Oktober 2017 sebagai hentian jelajah terakhir mereka sebelum membuat persediaan bagi acara utama pada 1 hingga 3 Disember di PICC, Putrajaya.

Ke semua penggemar permotoran dijemput untuk turut serta dalam keriangan dan keseronokan sewaktu acara jelajah ini dan juga semasa acara utamanya nanti di mana pelbagai program, persembahan serta aktiviti yang menarik akan disediakan.

Dan siapa tahu, anda mungkin akan menjadi pemenang bertuah yang membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM300,000! Jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jelajah dan acara utama Motonation, kunjungi www.motonation.com.my, atau layari laman Facebook rasmi Motonation.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]