Honda RS150R – Motosikal Supercub Yang Liar

 

  • Apabila kita bercerita tentang motosikal cub atau kapchai yang ada di Malaysia, Honda RS150R sudah pasti antara nama yang pertama berada dalam senarai itu dengan rekaannya yang moden dan prestasi yang menakjubkan.
  • Baru-baru ini, motosikal Honda RS150R itu telah membuktikan dirinya sebagai jentera yang amat boleh diharapkan serta tahan lasak apabila pasangan pengantin baru Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief menunggang sebuah motosikal berkenaan mengelilingi dunia selama enam bulan tanpa sebarang masalah.
  • Ini menguatkan lagi dakwaan yang motosikal Honda RS150R sebagai salah sebuah motosikal 150cc yang terbaik pernah dibina dengan rekaannya yang menarik, pembinaannya yang tahan lasak, dan prestasi yang boleh dibanggakan dalam keadaan menunggang yang berbeza.

 

Semenjak motosikal super cub Honda RS150R dilancarkan pada bulan Jun 2016, ia telah mendapat ikutan yang ramai di kalangan peminat motosikal di Malaysia. Oleh kerana rekaannya yang moden dan bergaya, disertai dengan prestasi yang mengagumkan, namanya semakin meningkat naik dan dianggap oleh ramai sebagai salah sebuah motosikal cub atau kapchai terbaik dalam negara kita.

Dipandang tinggi sebagai salah sebuah motosikal 150cc terbaik yang berada di pasaran yang mana ianya telah meraih populariti yang tinggi di kalangan ramai orang muda di Malaysia dan juga para penggemar permotoran. Dijana oleh enjin DOHC, sejukan cecair, 150cc, motosikal RS150R menghasilkan sejumlah 15.4hp dan 13.5Nm tork yang membuatkannya antara salah sebuah motosikal 150cc dengan prestasi terbaik berbanding dengan para pesaingnya.


Ke semua kuasa itu disalurkan ke roda belakangnya melalui kotak gear transmisi manual enam kelajuan yang telah kami uji secara sendiri dan digemari ramai. Kotak gear enam kelajuannya itu kekal sebagai salah satu tarikan terbesar motosikal RS150R ini kerana ianya agak sukar untuk mencari motosikal yang lain yang mempunyai spesifikasi yang sama dalam kategori ini. Janaan kuasa dan torknya sudah mencukupi untuk melahirkan keterujaan semasa menunggangnya dalam keadaan yang berbeza sama ada berulang alik ke tempat kerja atau untuk beriadah sewaktu hujung minggu.

Selain daripada prestasinya itu, satu lagi faktor yang menjadi keutamaan orang ramai dalam motosikal yang mereka ingini adalah keboleharapan. Jadi, adakah Honda RS150R ini boleh diharap? Tanya sahaja pada pasangan pengantin baru, Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief. Sesudah sahaja selesai majlis mereka, pasangan ini telah menikmati bulan madu terbaik sekali dalam sejarah; perjalanan mengelilingi dunia di atas jentera Honda RS150R.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengalaman menakjubkan mereka, TEKAN SINI.

Keseluruhannya, pasangan ini telah merentasi 25 buah negara dalam masa enam bulan, bermula dari Malaysia sehinggalah ke kota London, England. Kami telah menemui mereka setibanya mereka kembali ke tanah air kita dan mereka tidak berhenti-henti memuji motosikal super cub Honda ini.

Images of ‘Alfi’ Bin Zakaria and Diana Binti Latief on their epic honeymoon journey

Sewaktu perjalanan selama setengah tahun itu, Alfishahrin mengatakan yang motosikal RS150R-nya itu kekal teguh dengan apa sahaja cabaran
dihadapannya, sama ada minyak pelincir yang berbeza, bahanapi, keadaan cuaca yang buruk, namun, motosikal RS150R itu mengatasi semuanya dengan megah sekali. Satu-satunya masa mereka terpaksa berhenti untuk membaiki kerosakan adalah disebabkan tayar bocor akibat keadaan jalan yang amat buruk yang dipenuhi dengan batu.

Images of ‘Alfi’ Bin Zakaria and Diana Binti Latief on their epic honeymoon journey

Permukaan bumi yang kasar dan keadaan cuaca yang senantiasa berubah tidak dapat merencatkan kemaraan motosikal RS150R itu. Satu pengembaraan yang dibuat bersama dua orang serta dengan segala kelengkapan mereka dan motosikal super cub Honda ini masih dapat menyempurnakannya tanpa sebarang isu. Tidak hairanlah jika ramai warga Malaysia beratur untuk mendapatkan motosikal ini untuk diri mereka sendiri.

Diletakkan pada tanda harga RM8,478.94, motosikal RS150R ini agak mampu milik dan ianya didatangkan dengan pelbagai kemasan warna yang menarik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Honda RS150R ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi Boon Siew Honda. Selain itu, anda juga boleh TEKAN SINI untuk membaca ulasan yang telah dibuat laman saudara kami Bikes Republic mengenai motosikal kapchai yang mengagumkan ini.

 

Leave a Reply