Ulasan BMW R nineT – “You Have The Power”


Artikel oleh Wahid Ooi Abdullah

  • Ulasan BWM R nine T – “You Have The Power”
  • Motosikal BMW R nineT ini dibina sebagai satu asas untuk pengkhususan.
  • Namun, motosikal BMW R nineT adalah kanvas yang lebih ‘putih’.


Saya amat sukakan muzik rock dan heavy metal sejak di bangku sekolah lagi.

Teman sekolah yang “ranggi” terbahagi kepada lebih kurang dua kumpulan. Di satu sudut, merupakan kumpulan ‘Canto-poppers’ yang meminati Anita Mui, Leslie Cheung, Alan Tam, dan lain-lain. Mereka boleh dikenali dengan fesyen ‘baggy’ Ali Baba mereka.

Di satu sudut yang lain pula, merupakan Mat Rock (Rockers) yang menggemari Search, Lefthanded, BPR, Wing, Iron Maiden, Metallica, Megadeth, Bon Jovi, Guns ‘N’ Roses. Rambut mereka lebih panjang ( atau tebal jika mereka tidak boleh membiarkannya panjang), kasut ‘hi-top’, kemeja ketat, dan seluar ‘low-cut’ yang amat ketat hinggakan mereka tidak boleh membengkokkan lutut mereka melebihi 10 darjah.

Ya, semestinya saya dalam kumpulan kedua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian, pada tahun 1991, Nirvana muncul dengan album revolusinari mereka; Nevermind. Muzik rock secara tiba-tiba bertukar haluan dengan mendadak. Gubahan yang kompleks dan solo gitar digantikan dengan laungan jiwa yang memberontak Grunge.

Grunge kemudiannya disusuli oleh NuMetal dan sub-genre yang lain-lain seperti Industrial Metal. Sebuah band dari Jerman bernama Rammstein merupakan antara band Industrial Metal yang paling dikenali, popular dengan lagu mereka Du Hast (You Have).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tetapi saya tidak pernah faham akan lagu itu. Bukan, saya tidak maksudkan tentang bahasa Jerman tetapi mengenai gubahan dan aturannya.

Nampaknya saya masih lebih menggemari rock lama (bak filem ‘School of Rock).

Telah sekian lama BMW Motorrad cuba mendapatkan tapak yang kukuh dalam pasaran motosikal retro, dan ianya bukanlah kerana mereka kekurangan warisan memandangkan BMW Motorrad mempunyai pelbagai motosikal ikonik sejak bertahun lamanya. Malah, mereka mempunyai sejumlah yang besar sekali! Motosikal moden BMW R nineT, pula, mengimbau kembali pada motosikal R90S tahun 1970-an. Motosikal R90S merupakan motosikal yang memenangi Kejohanan Superbike AMA yang julung kali diadakan pada tahun 1976, dikemudi oleh Reg Pridmore.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan ulangtahun ke-90 BMW Motorrad yang tiba pada tahun 2013, syarikat dari Jerman itu memerlukan sebuah motosikal bagi memperingati pencapaian yang amat bermakna ini, dan mereka mengingini sesuatu yang bergaya ‘old school‘, dengan enjin ‘boxer’ berkembar sejukan udara/cecair, dirumahkan dalam bentuk motosikal jalanan (roadster).

Motosikal BMW R nine T telah direka oleh Ketua Pereka BMW Motorrad semasa, Ola Stenegard, bersama dengan pasukannya. Stenegard telah membuat rekaan rupa asas model berkenaan dan kemudiannya berbincang dengan pereka motosikal terkemuka, Roland Sands (dari RSD), bagi memperhalusi rekaan terakhirnya.

Malah, Stenegard adalah seorang penggemar motosikal klasik, buatan khas, dan cafe racer yang tegar, yang juga telah membuat rekaan bagi motosikal S 1000 R.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi, motosikal BMW R nine T yang telah terhasil bukan sahaja dibina sebagai penghormatan untuk ikon masa lalu tetapi ianya juga merupakan sebuah kanvas yang bersih untuk pengkhususan masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walau bagaimana pun, BMW Motorrad telah memperkenalkan BMW R nineT Pure beberapa bulan yang lalu dan sejak itu ianya merupakan kanvas yang lebih ‘suci’ untuk pengkhususan. (TEKAN SINI bagi membaca laporan kami mengenainya.)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di sini, timbul satu persoalan: Apakah sebenarnya R nine T yang kami uji di sini?

Bagi saya, ianya merupakan sebuah motosikal roadster “ol’-skool” dengan sentuhan moden.

Ia mempunyai alur-alur yang klasik pada tangkinya dan juga pelana yang pendek, tetapi pada masa yang sama ia juga mempunyai pelbgai ciri-ciri moden seperti ‘intake snout’, fork yang boleh dilaras, angkup Brembo yang dipaut secara berjejari, ABS dan juga aturcara suspensi belakang Paralever.

Di atas pelananya, anda akan dapat melihat pemapar analog berkembar yang dilekapkan pada pengikat aluminium yang berkilat. Terdapat sebuah skrin LCD yang kecil di bawah jarum pada kedua-dua pemapar berkenaan. Butang kawalan pada palang pemegangnya pada kadar minimal, dengan hanya satu sahaja butang maklumat tambahan selain butang-butang penting. Tiada mod RIDE atau POWER, namun ABS dilengkapkan sebagai standard dan tidak boleh dimatikan.

Palang pemegangnya cukup lebar sekali, seakan seperti yang terdapat pada R 1200 GS, tetapi telah dianjakkan ke hadapan sedikit daripada tangki bahanapinya yang panjang itu. Pelananya yang agak pendek itu mempunyai ciri yang agak menarik. Sub-kerangka di bawahnya itu menyokongnya sepenuhnya, manakala palang yang dihubungkan kepada bahagian bawah dari belakang pangsi lengan ayunnya dilengkapi dengan tempat letak kaki pembonceng yang boleh ditanggalkan sepenuhnya. Ciri ini semestinya untuk pengkhususan.

Terletak dengan baik sekali di dalam motosikal ini, enjinnya itu hidup dengan bunyi BRRAOOM! dan terasa tendangan pada bahagian kanannya, bagaikan ada yang menendangnya dari sebelah kiri. Perkara yang sama akan berlaku sekiranya and memulas pendikitnya sewaktu pegun – motosikal itu akan menendang ke arah kanan, semua ini oleh kerana daya kilas (tork) enjin Boxer berkembar, 1170cc, “oilhead“-nya itu. Pada mulanya ianya agak mengganggu tumpuan, tetapi, semakin lama, ia semakin terasa bagaikan perwatakan yang menarik motosikal ini.

Apabila saya melepaskan klacnya, motosikal ini berderu dengan rauman enjin Boxernya yang amat dikenali itu beserta dengan gemaan ekzos Akrapovic ala megafon berkembar. Ekzos standardnya sudah cukup bingit sekali mengikut standard BMW. Saya sering tersenyum sendirian apabila memulas pendikitnya, ianya semerdu bahagian ‘rhythm‘ band Anthrax. Runut bunyinya itu memberikan motosikal ini suara yang tersendiri, dan lebih utama lagi, satu keberadaan yang garang di dalam kesesakan lalulintas, membuatkan pengguna jalan raya yang lain terkejut dan memberikan ruang untuk anda.

Teruskan memulas pendikitnya dan muncullah 110 kuda Bavaria dengan 119Nm tork, mendedahkan badan penunggang kepada daya kilas heavy metal. Enjinnya berterusan merenggut dan merenggut, sehinggalah ke ‘redline‘-nya.

Apabila ianya mencecah 6,000rpm, anda sedang pada kelajuan 140km/j dan sedang memegang dengan kemas sewaktu kelajuannya meningkat dengan pantas, jika tidak, ianya bagaikan anda terpelanting ke bawah dari pentas, disebabkan oleh sistem bunyi di konsert Manowar.

Dari segi pengendalian, motosikal R nine T ini agak lincah (walaupun dengan ‘rake‘ dan ‘trail‘ yang besar, dan jarak tayar yang panjang), dan juga stabil ketika di selekoh berkelajuan tinggi yang panjang. Fork terbaliknya yang besar adalah aturcara tradisional tanpa tanda pengenalan BMW, Telelever. Ini bermakna anda akan dapat merasakan setiap isyarat yang diberikan oleh tayar hadapan sama ada tahap cengkaman, sudut menyerong, keadaan permukaan jalan, dan tekanan pembrekan.

Suspensi belakangnya menggunakan lengan ayun satu-sisi Paralever kegemaran BMW bagi menjinakkan daya kilas (tork) enjin Boxer berkembar itu. Penyerap hentakan belakangnya boleh dilaras untuk pramuatan dan redaman pantulan tetapi anda tidak semestinya perlu untuk melaraskannya, kerana aturcara standardnya sudah dilaras dengan begitu baik sekali.

Brek hadapannya cukup kuat sekali dan tarikan tuil dua jari selalunya menyebabkan daya henti yang terlampau, menyebabkan motosikal itu terhangguk ke hadapan. Melepaskan pendikitnya juga membolehkan tork belakangnya membantu dalam pembrekan kecemasan.

Gabungan antara perwatakan enjinnya dengan ciri-ciri pengendaliannya menghasilkan pengalaman yang mengingatkan kita pada solo gitar Ritchie Blackmore dalam lagu Highway Star.

Menangani kesesakan lalulintas bergantung pada bagaimana anda menggunakan tork enjin, brek dan kelebaran palang pemegangnya. Memotong sebarisan kereta yang panjang hanya memerlukan kilasan pergelangan tangan anda. Mengendalikannya hanya memerlukan sentuhan yang kecil sahaja pada palang pemegangnya. Menghentikannya dengan hanya satu jari sahaja. Ianya bagaikan mendengar lagu Paradise City; hening buat seketika, sebelum segalanya meletus menjadi perasaan yang menggembirakan.

Selain kefungsiannya, motosikal R nine T juga amat mudah untuk dipandang mata. Ia tampak lebih ‘sado’ dan dengan maka itu, lebih garang lagi. Disebabkan oleh itu, jatah biru dan putihnya, serta runut bunyinya yang amat tersendiri, pasti membuatkan sesiapa sahaja menoleh kepala ke arahnya pada setiap masa. Saya hanya dapat bayangkan sekiranya motosikal R nine T yang telah dikhususkan, sudah pasti lebih ramai yang akan menggerumuninya.

Jadi, apakah sebenarnya motosikal R nine T ini?

Ianya sebuah motosikal standard yang terasa seperti sebuah motosikal lumba naked, tetapi menawan bagaikan sebuah motosikal lumba ‘old school‘, contohnya, R90S (menjadi impian penulis untuk menunggangnya). Menggunakan analogi muzik, ianya seperti sebuah lagu rock yang lama digabungkan bunyi rock pada masa sekarang bagi memberikan satu gubahan yang berbeza. Sejujurnya, seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya tidak pernah suka akan lagu Du hast oleh Rammstein. Namun begitu saya semakin menghargainya setelah menguji motosikal BMW R nine T, kerana seperti lagu itu, ianya ada sisi pemberontaknya. Mungkin sekali ianya sebuah motosikal ‘hooligan‘ BMW, Ya, walaupun untuk BMW.

Barangkali ianya cocok untuk merumuskan motosikal BMW R nine T ini dalam bahasa Jerman.

Du hast die leistung (You have the power).

Spesifikasi Teknikal

ENGINE
Engine type Air/Oil-cooled, 4-stroke, DOHC, 4 valves per cylinder, horizontally-opposed (Boxer) Twin
Compression ratio 12.0 : 1
Bore X Stroke 101 mm X 73 mm
Displacement 1170 cc
Fuel system Electronic intake pipe injection
Maximum power 110 bhp (81 kW) @ 7550 RPM
Maximum torque 119 Nm @ 6000 RPM
TRANSMISSION  
Clutch Single dry plate clutch, hydraulically actuated
Gearbox Constant mesh, 6-speed, shaft drive
CHASSIS
Front suspension 46mm upside down fork, 120mm travel
Rear suspension Single central shock absorber adjustable for preload and rebound damping. 120mm travel
Front brakes Two 320mm floating discs, Brembo four-piston radially-mounted calipers ABS
Rear brake Single 255 mm disc, Nissin two-piston floating caliper
ABS BMW Motorrad ABS, front and rear
Front tyre 120/70-ZR17
Rear tyre 180/55-R17
FRAME & DIMENSIONS
Frame Four-section frame consisting of one front and three rear sections; load-bearing engine and transmission; removable pillion frame for single rider
Swingarm Cast aluminium single-sided swingarm with BMW Motorrad Paralevel
Trail 102.5 mm
Rake 25.5 degrees
Wheelbase 1470 mm
Seat height 785 mm
Dry weight 208 kg
Fuel capacity 18 litres

Galeri Gambar

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]