Loncin HR7 500 2018 – Klon Honda CB500F Dari China?

Loncin HR7
  • Pengeluar motosikal China, Loncin, telah melancarkan motosikalnya yang pertama iaitu Loncin HR7 500 2018.
  • Berdasarkan pada rekaan motosikal itu serta spesifikasi keseluruhannya, ianya amat menyerupai motosikal Honda CB500F termasuklah pada angka kuasa dan torknya yang pada 47hp dan 44Nm.
  • Belum ada lagi berita tentang bila Loncin HR7 500 ini akan boleh didapati di pasaran kerana ianya baru sahaja diumumkan semasa China International Motorcycle Trade Exhibition 2017 (CIMA Motor Show).

 
Pengeluar motosikal China, Loncin, telah memperkenalkan enjin dwi-silinder 500cc yang pertamanya awal minggu ini yang dinamakan Loncin HR7 500 2018. Laporan oleh pakar dalam industri media permotoran mengatakan bahawa enjin yang digunakan untuk menjana motosikal HR7 ini amat mirip sekali dengan yang digunakan oleh Honda CB500F.

Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh Visordown, enjin yang dikilangkan oleh syarikat dari China itu telah pun digunakan sebelum ini pada motosikal kembara Motrac MG500. Diperkenalkan pada awal minggu ini semasa China International Motorcycle Trade Exhibition (CIMA Motor Show), motosikal HR7 ini didatangkan dengan spesifikasi enjin yang sama seperti CB500F; sebuah enjin dwi-silinder 471cc yang menghasilkan 47hp dan 44Nm tork.

Untuk membaca laporan asal yang dibuat oleh Visordown, TEKAN SINI.

Jumlah yang demikian hampir sama dengan yang tercatat untuk motosikal CB500F. Malah, segalanya bermula dari perumah enjin hinggalah ke rekaan luaran motosikal Loncin HR7 sepadan dengan motosikal Honda tersebut. Kami tidak terkejut sekiranya kedua-dua motosikal ini datang dari acuan yang sama yang pada awalnya direka oleh mereka yang berada di Honda. Buat masa ini masih belum jelas lagi apakah perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua belah pihak Loncin dan Honda yang membolehkan wujudnya motosikal ini.

Honda CB500F 2017

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda CB500F 2017, TEKAN SINI.

Namun, masih terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua motosikal ini selain nama dan pengeluarnya. Motosikal HR7 menggunakan lengan ayun aluminium tuangan berbanding rekaan segi empat tepat Honda. Perbezaan yang ketara juga dapat dilihat pada fork teleskopiknya di mana yang terdapat di HR7 ternyata lebih besar berbanding dengan yang didatangkan pada CB500F.

Pada pandangan kami, motosikal Loncin HR7 ini tampak cukup mengagumkan dari luarannya oleh kerana ianya mirip akan sebuah jentera yang sememangnya menawan, Honda CB500F. Buat masa ini, tiada lagi sebarang pengumuman bilakah motosikal HR7 ini akan boleh didapati di pasaran.

Untuk sementara itu, bagi mereka yang ingin memiliki motosikal HR7 ini bolehlah mendapatkan motosikal yang mengilhamkannya iaitu Honda CB500F 2017. Dalam pasaran Malaysia, Boon Siew Honda telah meletakkan harganya pada RM31,363.28 bagi model standard dan RM34,861.28 bagi model ABS.

16YM CB500F

Untuk melihat spesifikasi penuh motosikal Honda CB500F ini, anda boleh layari laman eksklusif saudara kami di Bikes Republic dengan menekan SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]