HJC Helmet Malaysia Ingin Memberikan Barangan Secara PERCUMA

 

  • Benar, tuan-tuan. HJC Helmet Malaysia ingin memberi hadiah berupa beberapa buah barangannya secara PERCUMA untuk setiap hari pada bulan hadapan!
  • Satu pos mingguan akan dinaikkan di laman Facebook Bikes Republic dan MotoMalaya. Pemenang harian dengan komen terbaik akan dipilih oleh HJC Helmet Malaysia.
  • Pelbagai hadiah misteri akan diberikan jadi inilah masanya anda untuk mempamerkan daya kreativiti anda kerana hanya komen yang terbaik dan paling unik yang akan dipilih!

https://www.facebook.com/motomalaya/photos/a.123243391064457.28584.119841554737974/1492279040827545/?type=3&theater

Perhatian buat semua penggemar HJC Helmet, HJC Helmet Malaysia ingin menghadiahkan beberapa buah barangan premium mereka bersempena dengan Pusingan MotoGP Malaysia yang bakal tiba pada 27 hingga 29 Oktober 2017.

Mengapa, tanya anda? Kerana HJC Helmet Malaysia memang bergaya macam budak Subang Jaya (hari-hari hari raya). Sejujurnya, kami telah duduk bersembang dengan mereka di HJC Helmet Malaysia dan mereka ingin menghadiahkan beberapa buah barangan rasmi HJC SETIAP HARI pada bulan hadapan!

https://www.facebook.com/motomalaya/photos/a.123243391064457.28584.119841554737974/1491828657539250/?type=3&theater

Melalui laman Facebook MotoMalaya dan juga laman Facebook saudara kami di Bikes Republic, akan dinaikkan satu pos mingguan di mana seorang pemenang dengan komen yang terbaik akan dipilih setiap hari. Topik berbeza akan diutarakan setiap minggu buat empat minggu yang berikutnya dan semakin kita menghampiri pusingan MotoGP Malaysia yang bakal tiba pada 27 hingga 29 Oktober 2017 ini, semakin hebat “hadiah misteri” yang akan diberi!

Tiada had untuk berapa banyak komen yang boleh anda naikkan tetapi HJC Helmet Malaysia hanya akan memilih komen terbaik pada hari itu dan setiap pemenang akan dihubungi terus melalui Facebook. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hadiah misteri harian HJC Helmet Malaysia, layarilah laman Facebook kami dengan menekan SINI.

Selain itu, anda juga boleh menyertai peraduan ini di laman Facebook Bikes Republic dengan menekan SINI. Semoga berjaya kami ucapkan buat anda semua! Diingatkan sekali lagi, hanya komen yang terbaik, termantap dan paling unik akan dipilih, jadi, perahlah segala daya kreativiti anda untuk memenangi hadiah yang menarik dari HJC Helmet Malaysia!

Sumber imej: HJC

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]