Inilah Peluang Anda Untuk MEMENANGI Triumph Bonneville Bobber 2017 Baru!

 

 

  • Hard Rock Cafe Pulau Pinang sedang mengadakan satu peraduan cabutan bertuah dinamakan “Rock N Ride” di mana hadiah utamanya merupakan sebuah motosikal Triumph Bonneville Bobber 2017 yang bernilai RM74,900!
  • Dengan pembelian minima RM250 di Hard Rock Cafe Pulau Pinang, peserta layak untuk mendapatkan satu tiket dalam cabutan bertuah berkenaan.
  • Peraduan “Rock N Ride” akan berakhir pada 14 Disember 2017 dan cabutan itu akan dilaksanakan pada 15 Disember 2017. Hadiah-hadiah lain termasuklah penginapan beberapa malam di Casa Del Mar Langkawi dan Hard Rock Hotel Pulau Pinang.

 
Anda tidak salah baca tajuknya tuan-tuan. Hard Rock Cafe Pulau Pinang sedang mengadakan satu peraduan istimewa yang dinamakan “Rock N Ride” di mana pemenang hadiah utama akan membawa pulang sebuah motosikal Triumph Bonneville Bobber 2017 yang bernilai RM74,990.

Peraduan cabutan bertuah “Rock N Ride” ini cukup mudah untuk disertai. Setiap tetamu Hard Rock Cafe Pulau Pinang yang berbelanja minima RM250 akan berhak ke atas satu tiket bermula dari sekarang sehingga 14 Disember 2017. Peraduan ini terbuka kepada semua yang menetap di Malaysia yang boleh mendaftar dan mendapatkan insurans motosikal di dalam negara ini. Ini bermakna ianya terbuka untuk warganegara, penduduk tetap, dan juga ekspatriat.


Peraduan ini adalah promosi bersama antara Hard Rock Cafe Pulau Pinang dan Fast Bikes Sdn. Bhd. yang juga dikenali sebagai Triumph Motorcycles
Malaysia yang mana ianya bukan sahaja bagi mempromosi jenama mereka sendiri tetapi juga turut menawarkan seorang peserta bertuah peluang keemasan untuk memiliki salah sebuah motosikal moden klasik Triumph yang terkini dan juga tercantik ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Triumph Bonneville Bobber 2017, TEKAN SINI.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn. Bhd., Dato’ Razak Al-Malique Hussain, “Promosi bersama ini akan membolehkan kami meneroka pelbagai sinergi dari Triumph dan Hard Rock Cafe Pulau Pinang, kedua-duanya jenama global yang mantap.”

Pengurus Besar Hard Rock Hotel Pulau Pinang, Encik John Primmer menyatakan bahawa mereka telah menerima sambutan yang mengagumkan sejak peraduan ini bermula beberapa minggu yang lalu. Walaupun kebanyakan peserta (jika tidak ke semuanya) teruja dengan peluang untuk memenangi motosikal Triumph Bonneville Bobber yang indah itu, terdapat juga hadiah-hadiah lain yang boleh dimenangi seperti penginapan di Casa Del Mar di Langkawi dan juga penginapan di Hard Rock Hotel, Pulau Pinang.

Peraduan ini akan tamat pada 14 Disember 2017 dan cabutan bertuahnya akan diadakan pada hari yang beikutnya. Inilah masanya untuk mendapatkan barangan Hard Rock Cafe untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat anda. Dan sekiranya anda bertuah, anda akan membawa pulang sebuah motosikal moden klasik dari Triumph bernilai RM74,990!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan “Rock N Ride” Hard Rock Cafe Pulau Pinang, TEKAN SINI.

Berminat untuk mengetahui apakah yang ditawarkan oleh Triumph Motorcycles Malaysia? Layarilah http://www.fastbikes.com.my/.

Leave a Reply