Kalendar MotoGP 2018

 

  • Kalendar sementara bagi Kejohanan MotoGP 2018 telah pun disebarkan.
  • Thailand akan menganjurkan satu pusingan MotoGP buat pertama kalinya.
  • Musim 2018 akan bermula seminggu lebih awal dan berakhir seminggu lebih lewat dari kebiasaannya.

Dorna telah mengeluarkan kalendar sementara bagi Kejohanan MotoGP 2018. Tarikh serta pusingannya adalah seperti berikut:

  • Pusingan 1 : 18 Mac – Qatar, Doha/Losail
  • Pusingan 2 : 8 April – Argentina, Termas de Rio Hondo
  • Pusingan 3: 22 April – Americas, COTA
  • Pusingan 4: 6 May – Sepanyol, Jerez de la Frontera
  • Pusingan 5: 20 May – Perancis, Le Mans
  • Pusingan 6: 3 June – Itali, Mugello
  • Pusingan 7: 17 June – Catalunya, Catalunya
  • Pusingan 8: 01 July – Belanda, TT Assen
  • Pusingan 9: 15 July – Jerman, Sachsenring
  • Pusingan 10: 5 August – Republik Czech, Brno
  • Pusingan 11: 12 August – Austria, Red Bull Ring
  • Pusingan 12: 26 August – Great Britain, akan diumumkan kelak
  • Pusingan 13: 9 September – San Marino & Riviera di Rimini, Misano
  • Pusingan 14: 23 September – Aragon, MotorLand Aragon
  • Pusingan 15: 7 October – Thailand, Buriram
  • Pusingan 16: 21 October – Jepun, Motegi
  • Pusingan 17: 28 October – Australia, Phillip Island
  • Pusingan 18: 4 November – Malaysia, Sepang
  • Pusingan 19: 18 November – Valencia, Ricardo Tormo-Valencia

Seperti yang dijangkakan, penambahan Buriram, Thailand telah menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 19 pusingan. Malaysia masih lagi kekal sebagai penganjur pusingan kedua terakhir tetapi tarikhnya telah ditukar ke 4 November, dan bukannya tarikh lewat bulan November seperti sebelum ini.

Pusingan Thai akan diadakan pada 7 Oktober, dengan rehat seminggu, sebelum meneruskannya dengan tiga pusingan berturut-turut seperti biasa – Jepun, Australia, Malaysia – bermula 21 Oktober.

Ia juga satu tindakan yang bijak oleh Dorna mengadakan ruang antara pusingan di Thailand dan Malaysia, supaya para peminat tidak hanya memilih untuk menghadiri satu pusingan sahaja di antara negara berjiran ini.

TEKAN SINI bagi mengetahui dengan lebih lanjut penambahan Litar Antarabangsa Buriram dalam kalendar MotoGP 2018

Pusingan tambahan ini juga bermakna berlakunya rombakan semula tarikh yang sedia ada. Qatar akan bermula seminggu lebih awal dari biasa, dengan harapan ianya akan terlepas daripada ribut hujan yang tidak dijangkakan, yang telah mengucar-ngacirkan jadual perlumbaan tahun ini. Cuti rehat musim panas antara bulan Julai dan Ogos dipendekkan dari empat minggu ke dua minggu sahaja. Kejohanan MotoGP 2018 akan berakhir seminggu lebih lewat di Aragon pada 18 November.

Tempat perlumbaan bagi Pusingan British akan disahkan kemudian, berikutan penarikan diri oleh Circuit of Wales.

Beberapa orang penunggang telah melahirkan kebimbangan berkenaan pusingan yang terlalu banyak untuk kejohanan ini, menyuarakan akan kemungkinan tidak cukup masa rehat di antara perlumbaan. Finland bakal menyertai kalendar MotoGP pada tahun 2019, menjadikan jumlah keseluruhan pusingan sebanyak 20 pusingan

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penambahan Finland dalam kalendar MotoGP 2019

Sumber: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]