Kemunculan Julung Kali Yamaha X-Max 125 2018 Di Eropah

 

  • Skuter Yamaha X-Max 125 2018 berpotensi besar dan tampak amat menarik.
  • Skuter X-Max 125 ini laris di jual di seluruh dunia.
  • Merupakan sebahagian daripada rangkaian skuter “MAX” Yamaha.


Yamaha telah memperkenalkan skuter X-Max 125 yang baru dalam rangkaian model 2018 mereka.

Walaupun kita masih belum boleh mendapatkan model ini di Malaysia, ianya telah pun terjual melebihi 140,000 unit di seluruh dunia.

Model 2018 ini akan mematuhi piawaian emisi EU-4, oleh dengan itu, enjin satu silinder, 125cc ini didatangkan dengan suntikan bahanapi elektronik yang memberikannya kadar penggunaan bahanapi yang rendah. Ciri ini sudah pasti akan menjadikan skuter X-Max ini popular di negara kita, disebabkan oleh kadar harga minyak petrol yang meningkat.

Skuter X-Max 125 ini telah dilengkapi dengan sistem ABS di kedua-dua brek hadapan dan belakangnya sebagai kelengkapan standard. Selain itu, terdapat juga kawalan cengkaman.

Yamaha juga turut membuat penambahabaikan bagi menjadi skuter X-Max 125 2018 ini lebih praktikal. Sebagai contoh, ruang simpanan bawah pelananya kini boleh memuatkan dua buah helmet ‘full-face‘. Skrin penghadang anginnya boleh dilaras, begitu juga dengan palang pemegangnya. Ia juga dilengkapkan dengan soket 12V, seperti yang terdapat pada NVX, yang kini dengan pantas sekali telah menjadi satu keperluan.

Seperti NVX juga, skuter X-Max 125 juga menggunakan “Yamaha Smart Key”. Gugusan panel instrumen dwi-LCD skuter X-Max yang cukup terkenal itu masih lagi kekal pada model 2018 ini.

Yamaha juga telah mula menghubungkaitkan kesemua rangkaian skuter mereka dengan rekaan pada lampu hadapan serta lampu belakang skuter X-Max ini. Sekilas pandang sahaja anda sudah pasti akan mengetahui yang mana satu merupakan skuter di bawah jenama mereka.

Adakah skuter X-Max 125 ini akan muncul di tanah air kita? Buat masa ini, kita masih belum mendapat kepastiannya. Namun, berita tentang kemunculan ini telah menunjukkan yang Yamaha serius dalam keinginan untuk menguasai pasaran skuter.

Jika anda ingin memiliki skuter keluaran Yamaha, anda bolehlah membaca ulasan kami mengenai skuter Yamaha NVX yang telah kami tunggang uji sebelum ini. TEKAN SINI untuk membaca ulasan kami mengenai Yamaha NVX.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]