Prototaip Enjin Triumph untuk Moto2 dipersembahkan untuk pengujian

Triumph Motorcycles, jenama motosikal British, yang semakin meningkat naik kini hadir mempersembahkan prototaip enjin Moto2 yang akan digunakan pada musim 2019.

Triumph Motorcycles mengambil alih dari jenama Jepun, Honda, sebagai enjin pilihan dengan membekalkan enjin berkapasiti 765cc yang diasaskan dari 2017 Street Triple yang telah direka semula untuk bernafas dengan lebih bebas dan mengeluarkan lebih kuasa disamping ketahanan untuk perlumbaan.  

Julian Simon memainkan peranan sebagai penguji enjin ini di Barcelona dan ini kata beliau:

“I can see there has been a big improvement with the latest engine, giving a great feeling. There’s a lot of power and the gearing is fantastic, and for the sound, this is also fantastic. To me, it’s fun.”


“Saya melihat peningkatan yang besar dengan enjin terbaru, memberikan rasa yang bagus. Kuasanya banyak dan pengearan cantik, dan bunyinya, cantik juga. Pada saya, ianya seronok.”

Bunyinya? Saksikan video dibawah.

Dengarkanlah bunyi yang merdu dari enjin British ini.

Sumber: http://www.fortheride.com/stories/exclusive-behind-the-scenes-at-moto2-test/

Leave a Reply