Motosikal BMW S 1000 RR, R 1200 GS, K 1600 Bagger dan R nineT Urban GS Baru Di BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang

  • BMW Motorrad Malaysia akan memperkenalkan empat buah motosikal premium di acara BMW Motorrad Nightfuel di Pulau Pinang pada hujung minggu ini, hari Sabtu, 9 September 2017.
  • Motosikal S 1000 RR, R 1200 GS, K 1600 Bagger, dan BMW R nineT Urban G/S yang baru akan diperkenalkan buat kali pertama.
  • Ianya merupakan perhimpunan terbesar motosikal BMW Motorrad di kawasan Bayan Lepas di Pulau Pinang.


Dalam memperkenalkan motosikal-motosikal terbaru ini, Han sang Yun, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi BMW Group Malaysia berkata, “BMW Motorrad kini sedang mendahului dalam jenama motosikal premium di dalam negara, menyumbangkan dengan stabil sejumlah 1000 buah motosikal premium setahun bagi menyuntik sikap teruja dan seronok akan penunggangan motosikal di sini. Acara Nightfuel ini membolehkan kami dengan jayanya mengotakan janji kami, “Making Life A Ride”, yang mana ianya amat benar di hati BMW Motorrad.”

Berkongsi sentimen yang dinyatakan oleh Enik Han, Ketua di BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley, berkata, ” Tiada acara yang lebih baik untuk memperkenalkan empat buah motosikal premium yang baru dalam keluarga BMW Motorrad selain dari acara Nightfuel ini. Walaupun ianya merupakan kali pertama kami telah membawa acara BMW Nightfuel ini keluar dari Lembah Klang, kebanyakan penunggang akan tiba dari seluruh Semenanjung Malaysia.”

Riley juga telah menambah yang BMW Motorrad Malaysia ingin mencipta pengalaman menunggang buat para pemilik dan penggemarnya yang lain daripada yang lain, menjiwai intipati pengalaman mengujakan melebihi 100 tahun dalam mencipta motosikal premium dan menggabungkan semangat serta kepakaran kejuruteraan dengan pengalaman menunggang yang sebenar.

BMW S 1000 RR baru – motosikal model supersport yang hampir sempurna ini dipertingkatkan lagi – Dari RM106,900.00

Semenjak BMW Motorrad melancarkan motosikal S 1000 RR pada tahun 2009 – motosikal supersport empat silinder yang pertama dibina oleh BMW motosikal “Double R” ini telah meninggalkan kesan yang mendalam pada pasaran segmennya. Pembangunan yang secara konsisten dan menerus telah memastikan yang RR ini menghuni tempat teratas di kalangan motosikal superbike dengan persijilan jalanraya. Bagi model 2017, motosikal supersport yang hampir sempurna ini telah dipertingkatkan lagi ke tahap yang berikutnya.


Enjin 4 silinder selari 999cc ini telah disuaikan bagi mematuhi piawaian EU4. Menghasilkan 199hp pada 13,500rpm dan 113Nm tork pada 10,500rpm. Untuk ke-boleh-tunggangan- yang hebat, BMW S 1000 RR baru ini juga mempunyai jangkauan enjin yang luas yang dapat digunakan, dan hampir keseluruhan tork maksimanya boleh dicapai dari 9,500rpm (112Nm) hingga 12,000rpm (113Nm).

Mod tunggangan “Rain”, “Sport”, dan “Race”, beserta dengan ‘Race ABS‘ dan Kawalan Cengkaman Dinamik didatangkan standard dan juga ‘partial integral Race ABS‘. Tambahan terbaru pada kelengkapan standrad termasuk Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC – Dynamic Traction Control) dengan pengesan menyelekoh dan penyesuaian halus pada +/- tujuh tahap untuk prestasi terbaik dan keselamatan semasa memecut.

BMW S 1000 RR baru ini juga kini didatangkan standard dengan pelana pembonceng. Motosikal RR ini didatangkan dengan skema warna Granite Grey/Black Storm, yang memberikannya rupa yang telah diperhalusi, serta warna Racing Red/Light White untuk rupa yang lebih dinamik.

BMW T 1200 GS baru – teramatlah baik di semua jenis muka bumi – Dari RM105,900.00

“BMW GS” telah membawa makna kenikmatan permotosikalan unversal lebih daripada 35 tahun. “GS” menjelmakan gabungan ideal antara pengembaraan dan kesesuaian penunggangan jarak jauh, prestasi dinamik, dan kebolehan ‘off-road‘. Ianya lebih jelas sekali terutamanya pada motosikal BMW GS yang didatangkan dengan enjin boxer ‘flat-twin‘. Motosikal-motosikal ini adalah teman yang sempurna dalam keadaan ekstrim sewaktu menjelajah pelusuk dunia yang terpencil.

Sebagai sebuah motosikal perjalanan ‘enduro‘ yang paling popular di dunia, BMW GS R 1200 GS kini telah di-optimumkan lagi dari pelbagai segi. Direka untuk lebih serba boleh dari sebelumnya, ia mendalami kebolehan baru yang belum dapat dicapainya sebelum ini, sama ada dari segi prestasi yang dinamik, keselesaan, hinggalah kesesuaian kebolehan ‘off-road‘-nya. Ianya disebabkan oleh penambahbaikan terpilih, berbagai ciri yang dan baru dan juga pengembangan program kelengkapan serta aksesori pilihan. Bagi pasaran Malaysia, untuk memenuhi keperluan “pengembaraan dalam bandar”, motosikal Rallye ini telah dikhususkan dengan tayar jalanraya, pelana selesa standard, dan tongkat tengah, memastikan perjalanan berulang-alik harian yang mudah serta nyaman.

Enjin Boxer dengan pengubah bermangkin baru dan status data yang disuaikan ini selari dengan piawaian EU4. Dijana dengan enjin boxer sejuak udara/cecair seperti sebelum ini dengan hasil kuasa sebanyak 125hp pada 7,750rpm dan tork maksima 125Nm pada 6,500rpm, R 1200 GS yang baru ini juga dilengkapi dengan pengubah bermangkin yang diubah suai dan status data baru untuk pengurusan enjin bagi memenuhi piawaian terkini EU4. Model 2017 telah pun menyaksikan tambahan sebuah peredam getaran di aci keluaran transmisinya dan penyemakan semula pada penggerak dram pemilih dan aci transmisi.

BMW K 1600 B; keghairahan serta kepersonaan pada enam silinder dalam gaya eksklusif Bagger – Dari RM159,900.00

Interpretasi BMW Motorrad mengenai bermotosikal di atas lebuhraya tidak berpenghujung, impian kebebasan dan penjelmaan “Grand American Touring” dalam bentuk BMW K 1600 B, motosikal bagger yang baru.

Sebagai sebuah motosikal yang ekskliusif, penuh bersemangat, dan berprestasi tinggi, BMW K 1600 B baru ini datang dengan enjin selari enam silinder yang sangat dikenali yang menghasilkan 160hp, menjiwai slogan “Spirit of the Open Road”. Ianya cukup sinonim dengan keanggunan, kuasa, dan kemewahan di atas dua roda dan mengubah setiap jalan, setiap pengembaraan dan setiap saat kepada ssebuah pengalaman yang amat mendalam.Perwatakannya yang bergaris arus dengan bahagian belakang yang rendah beserta skema warna yang maskulin menonjolkan keanggunan dinamik yang bersahaja.

Diasaskan dengan meluas dari teknologi yang digunakan dalam ‘tourer‘ enam silinder BMW, K 1600 GT, BMW K 1600 B ini menerapkan rekaan menyondong ke belakang yang linearnya dengan bahagian belakang yang telah dibina semula sepenuhnya. Ini bukan sahaja telah menjadikan motosikal bagger ini tampak agak renek dan ramping, malah, oleh kerana kerangka belakangnya yang baru itu, mengurangkan ketinggian pelana pembonceng dengan nyata sekali.

Ciri bantuan mengundur yang baru menawarkan pengendalian yang lebih selesa, begitu juga ‘Shift Assistant Pro’ bagi menukar gear tanpa perlu menggunakan klac. Ianya diaktifkan secara mudah dengan menekan butang “R” pada sebelah kiri panel palang pemegang. Menekan butang penghidup akan memulakan pergerakan. Ciri ‘Shift Assistant Pro’ yang disediakan sebagai kelengkapan pilihan membolehkan penunggang untuk menukar gear tanpa perlukan menggunakan klac pada setiap masa.

BMW K 1600 B yang datang dengan warna serba hitam (Blackstorm metallic / hitam pada bahagian casis dan ‘drivetrain‘) yang baru itu datang dalam bentuk motosikal bagger, sejenis motosikal buatan kha yang eksklusif yang amat popular di Amerika Syarikat.

BMW R nineT Urban G/S baru, sebuah motosikal roadster yang diperhaluskan dengan gaya boxer dalam bentuk enduro yang klasik – Dari RM87,900.00

BMW R nineT Urban G/S baru ini agak berbeza dari segi gayanya tetapi perwatakannya kekal klasik. Untuk lebh daripada 35 tahun, singkatan “GS” bersama dengan BMW Motorrad sering kali telah dikaitkan dengan kebebasan dan keghairahan untuk pengembaraan di atas mtosikal, sama ada di atas jalan raya mahu pun atas tanah merah. BMW R ninT Urban G/S mengambil semangat daripada motosikal yang pertama sekali, dan berlegenda, BMW R 80 G/S tahun 1980, membawanya ke era moden dengan teknologi semasa dalam bentuk enduro klasik sebuah motosikal BMW dengan enjin boxer.

BMW R nineT Urban G/S ini dilengkapi dengan enjin boxer sejukan udara/cecair yang mantap dengan kapasiti 1170cc dan menghasilkan 110hp beserta kotak gear enam kelajuan. Model ini telah direka untuk memenuhi piawaian EU4. Sistem ekzosnya yang dalam bentuk keluli tahan karat dengan paipnya diletakkan di sisi kiri menggambarkan pengayaan klasiknya.

Seperti sebelum ini, angkup brek monoblok empat omboh yang dipaut secara jejari memastikan daya henti kawalan ABS yang ampuh bersama dengan cakera brek terapung. BMW R nineT Urban G/S ini didatangkan dengan roda acuan tuang aloi ringan. Roda hadapan sebesar 19 inci dilengkapkan dengan tayar 120/70 ZR 19, sesuai dengan tema gaya enduro sebuah motosikal klasik. Ianya disuaikan dengan sempurna di bahagian belakangnya dengan roda 17 inci bersama tayar 170/60 ZR 17. BMW boxer ini dapat ditempah dengan pengkhususan tambahan tayar ‘off-road‘ dengan bunga yang dalam yang menonjolkan lagi gaya klasiknya (kelengkapan standard: tayar jalanraya) dan juga dengan roda berjejari filigree.

Dengan angkup brek empat omboh, wayar brek balutan keluli, dan cakera brek berdiameter 320 mm, sistem brek ABS berprestasi tinggi dilengkapkan juga bagi memastikan daya henti yang stabil dan berkesan. Bagi mengelakkan roda belakang dari tergelincir di atas jalan yang licin, terdapat pilihan ASC (Automatic Stability Control – Kawalan Kestabilan Automatik) yang juga boleh didapati sebagai kelengkapan pengkhususan.

BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 September 2017 dari jam 19.00pm (7.00 malam) di ruang terbuka istimewa tepi lautan di Bayan Lepas berdekatan dengan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Harga runcit (asas, termasuk GST) bagi model-model terbaru adalah:
BMW S 1000 RR       – RM106,900.00
BMW R 1200 GS       – RM105,900.00
BMW K 1600 B         – RM159,900.00
BMW R nineT GS    – RM87,900.00

 

Leave a Reply