Sebuah Motosikal Cruiser 1,600cc Akan Muncul Dari BMW Motorrad?

 

  • Telah tersebar satu khabar angin yang amat menarik mengatakan BMW sedang mengusahakan sebuah motosikal cruiser 1,600c yang bakal dilancarkan pada Pertunjukan EICMA tahun ini di Milan.
  • Motosikal BMW R1600C Concept yang dibina oleh Wunderlich dan Nicolas Petit merupakan calon terkuat untuk untuk ditukarkan kepada sebuah motosikal yang sebenar dalam usaha BMW menembusi pasaran motosikal cruiser dengan jayanya.
  • Visi mereka telah melahirkan sebuah super cruiser dengan rekaan yang kekar dengan enjin ‘boxer-twin’ yang lebih gagah yang tampak seperti satu formula sempurna bagi sebuah motosikal cruiser pengeluaran BMW yang julung kalinya.


BMW Motorrad nampaknya sudah bersedia untuk menjejakkan kaki mereka dalam kategori motosikal cruiser buat sekian kali. Ianya telah dikhabarkan bahawa BMW akan memperkenalkan motosikal super cruiser BMW R1600C pada Pertunjukan EICMA tahun ini yang akan diadakan di Milan, Itali pada bulan November yang akan datang.

Motosikal konsep R1600C ini telah pun wujud buat beberapa waktu sejak ianya mula dilaporkan dalam Majalah Motorrad pada tahun lalu. Walaupun motosikal konsep itu telah pun diperkenalkan, ianya telah diselubungi balik sejurus selepas itu. Kini, ianya telah kembali dan kemungkinan untuk menyaksikan sebuah motosikal super cruiser yang baru dari BMW pada Pertunjukan EICMA tahun ini amat tinggi.

Walaupun kami agak tidak pasti bagaimana rupanya sebuah motosikal super cruiser 1,600cc BMW itu nanti, sebuah lakaran konsep yang dihasilkan oleh mereka yang berada di Wunderlich bersama dengan pereka pakar Nicolas Petit telah memberikan kita satu gambaran sebuah motosikal yang menggiurkan.


Ianya tampak seperti satu pilihan yang hebat bagi BMW untuk mengembangkan rangkaian motosikal mereka yang senantiasa bertambah tetapi mereka perlu tampil dengan kuasa yang hebat bagi menggerakkan jentera yang berotot ini. Terdapat satu pilihan untuk menggunakan enjin enam silinder dari siri K1600 tetapi memandangkan yang pengeluar dari Jerman itu perlu memberikan impak yang berkesan bagi menjadikannya satu kejayaan, BMW Motorrad akan perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagi menembusi pasaran ini.

BMW K1600B 2017

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian BMW K1600 dan juga model-model yang lain yang terdapat di pasaran Malaysia, TEKAN SINI.

Walau apa pun rancangan mereka, tidak syak lagi yang BMW Motorrad akan tampil dengan sesuatu yang akan menarik perhatian ramai pada Pertunjukan EICMA tahun ini. Berdasarkan penampilan mereka sebelum ini yang amat berjaya, kami yakin yang pasti akan menggegarkan lagi pertunjukan itu untuk tahun ini.

Sumber imej: Nicolas Petit

Leave a Reply