Yamaha Dan GT-Max Lancarkan Yamaha Star Centre Pertama!

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bersama dengan GT-Max telah menukar kedai mereka kepada Yamaha Star Centre pertama.
  • Selain daripada sebuah Pusat 3S (Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti), ia juga menawarkan kepada para pelanggan pengalaman yang lebih meluas.
  • HLYM akan membuka lebih banyak Yamaha Star Centre di seluruh negara.

 

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) yang telah bekerjasama dengan sebuah pusat motosikal premier di Taman Muda, Shah Alam, GT-Max Motors (M) Sdn. Bhd. untuk mengubah Yamah Star Shop yang sudah sekian lama bertapak di situ kepada sebuah Yamaha Star Centre. Yamaha Star Centre itu telah dilancarkan pada hari Ahad, 27 Ogos 2017.

Yahama Star Centre itu akan menawarkan satu pengalaman bilik pameran gaya hidup konsep yang unik kepada para pelanggang Yamaha. Pusat itu juga akan menerapkan’Yamaha Star Management System’ bagi mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan selepas jualan. Yamaha Star Centre itu merupakan sebuah bilik pameran 3S (Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti) yang eksklusif, dan dengan itu, hanya barangan asli Yamaha yang akan digunakan.


Ianya juga wajar dinyatakan di sini yang Jabatan Teknikal HLYM telah mengisukan sebuah mesin penguji suntikan bahanapi bagi bengkel GT-Max berkenaan, dan akan membekalkannya kepada pengedar sah yang lain dalam masa terdekat.

HLYM sedang dalam perancangan untuk menambah bilangan Yamah StarCentre secara berperingkat di seluruh Malaysia untuk menawarkan pengalaman hebat yang sama buat ke semua pelanggan.

Satu lagi butiran yang penting, penunggang-penunggang dari GT-Max Motors (M) Sdn. Bhd. merupakan pemenang dan naib juara bagi perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang pertama, yang telah diadakan sewaktu pusingan Cub Prix Malaysia di Jasin, Melaka pada 6 Ogos 2017 yang lalu.

Suasana  upacara pelancarannya bagaikan satu karnival, dihadiri oleh ratusan orang. GT-Max telah menawarkan hadiah istimewa untuk satu hari sebagai ganjaran. Terdapat juga cabutan bertuah, dengan hadiah-hadiahnya terdiri daripada beg barangan GT-Max, telefon bimbit Samsung, peralatan elektrik, dan juga helmet GIVI dan X-Dot, serta Hadiah Utama, sebuah skuter Yamaha Solariz 125.

Orang ramai telah diberi peluang untuk menunggang uji skuter utama terbaru dari HLYM, NVX 155. Motosikal-motosikal para pelanggan juga turut dimanjakan dengan cucian motosikal. Sebuah ‘inflatable playground’ turut disediakan bagi kegunaan anak-anak para hadirin.

Turut memberi sokongan pada acara ini adalah GIVI Malaysia yang telah muncul dengan Bas GIVI mereka; Dainese Malaysia yang telah memperagakan kelengkapan menunggang terkini mereka,; Motorparts Asia yang muncul dengan Helmet KYT, Shoei, X-Dot mereka, serta beberapa lagi pengedar barangan berkualiti tinggi yang lain.

Turut memeriahkan acara berkenaan adalah beberapa buah kelab motosikal Yamaha, yang dengan kehadiran mereka telah meriuhkan lagi acara berkenaan.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Leave a Reply