Adakah Kita Akan Menyaksikan Kemunculan Suzuki Hayabusa Caj Turbo Pada Tahun 2019?

 

  • Khabar angin serta maklumat dari sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan yang sebuah Suzuki Hayabusa yang di-cas turbo bakal tiba pada tahun 2019.
  • Suzuki akan menyambut ulangtahun ke-20 Hayabusa pada 2019 tetapi sejak kemunculan kali pertamanya pada 1999, ianya masih belum pernah melalui sebarang perubahan yang besar.
  • Lebih daripada sebuah motosikal Suzuki yang di-cas turbo boleh dijangkakan bagi tahun 2019 dengan kemungkinan Suzuki mengubah keseluruhan barisan GSX-R mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut sebuah artikel yang telah diterbitkan baru-baru ini oleh Asphalt and Rubber, ianya ada menyatakan bahawa mereka yang berada di Suzuki ada satu perancangan yang besar untuk membangunkan sebuah Suzuki GSX1300R Hayabusa yang di-cas turbo bagi tahun 2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak kemunculan julung kali sedunianya pada tahun 1999 yang lalu, motosikal Hayabusa ini telah menggegarkan dunia dengan enjin 1,300cc-nya yang menggila namun sejak dari kemunculannya itu, ianya tidak pernah melalui sebarang evolusi yang besar. Dan dengan tibanya ulangtahun ke-20 motosikal Hayabusa yang ikonik pada tahun 2019, jentera buas yang di-cas turbo dari Suzuki itu sudah pasti akan menggoncang kancah industri permotosikalan (buat sekian kali).

Suzuki telah pun bekerja keras dalam pembangunan enjin aruhan paksaan (forced induction engine) sejak beberapa tahun yang lalu. Ianya dapat dilihat pada kebanyakan motosikal konsep dan juga enjin yang telah diperkenalkan sewaktu pertunjukan-pertunjukan motosikal antarabangsa yang utama dunia. Contoh yang terbaik dapat dilihat pada motosikal konsep middleweight mereka, Suzuki Recursion, yang telah pun diperkenalkan pada tahun 2013 yang lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sewaktu pertunjukan Tokyo Motor Show 2015, Suzuki telah memperagakan sebuah enjin cas turbo dwi-silinder yang ‘mesra-pengeluaran’, dinamakan “XE7”, yang mana ianya telah direka untuk dimuatkan dengan baik sekali di dalam kerangka trellis yang klasik tanpa memerlukan terlalu banyak pengubahsuaian. Meskipun dengan begitu banyak usaha yang dijalankan oleh Suzuki, kita masih belum mendengar khabar mengenai sebuah enjin empat-silinder cas turbo dari mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal konsep Suzuki Recursion serta enjin konsep mereka, EX7, TEKAN SINI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Desas-desus mengenai sebuah GSX-R yang di-cas turbo telah pun tersebar untuk beberapa ketika. Persoalan yang menjadi mainan di fikiran orang ramai kini adalah sama ada Hayabusa cas turbo 2019 akan menggunakan penjana kuasa baru 1,000cc atau kekal dengan enjin yang sedia ada menggilanya 1,300cc itu. Walau apapun, sebarang motosikal GSX-R berasaskan turbo pasti akan menggiurkan sesiapa pun yang melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi membaca dengan lebih lanjut mengenai kemungkinan sebuah GSX-R cas turbo, TEKAN SINI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan segala perancangan serta kajian yang sedang dijalankan oleh Suzuki terutamanya dalam teknologi cas turbo, kita boleh menjangkakan akan kemunculannya pada tahun 2019. Selain daripada sebuah motosikal Hayabusa yang di-cas turbo, terdapat juga kemungkinan yang besar bahawa Suzuki akan memperkenalkan satu rangkaian baru  yang dilengkapi dengan teknologi turbo yang bakal menggantikan motosikal  GSX-R600, GSX-R750, dan mungkin sekali GSX-R1000R mereka. Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu dan lihat langkah berikutnya yang akan di ambil oleh Suzuki.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]