MotoGP: Prosedur Pertukaran Motosikal Baru Akan Diuji Pada Hujung Minggu Ini

 

  • Perlumbaan MotoGP di Silverstone pada hujung minggu ini akan menyaksikan satu prosedur pertukaran motosikal ‘flag-to-flag’ yang baru akan diuji oleh sebab factor keselamatan.
  • Arahan Perlumbaan serta Suruhanjaya Keselamatan telah memutuskan untuk menguji satu sistem baru di mana penunggang yang ingin menukar motosikal perlu masuk ke hadapan paddock mereka pada sudut 45 darjah ke dalam dengan motosikal kedua tersedia menghala keluar pada sudut yang sama.
  • Seorang mekanik tambahan akan berada di laluan pit dengan batang lollipop ala Formula 1 yang akan berdiri di hadapan motosikal kedua bagi memberi isyarat kepada penunggang masa yang selamat untuk memasuki semula laluan pit.

Sumber imej: www.otomotifzone.com

Perlumbaan MotoGP pada hujung minggu ini bakal menyaksikan prosedur pertukaran motosikal sewaku perlumbaan yang baru yang sedang diuji oleh Suruhanjaya Keselamatan bagi GP British di Silverstone. Seruan untuk satu sistem yang lebih baru dan selamat untuk menukar motosikal perlumbaan di dalam laluan pit semasa perlumbaan telah pun diusulkan oleh Arahan Perlumbaan setelah para penunggang tidak dapat mencapai kata sepakat berikutan satu mesyuarat selepas perlumbaan di Brno.

Kebimbangan ini telah ditimbulkan oleh sebab beberapa insiden yang terjadi dalam beberapa pusingan yang lalu terutamanya selepas insiden di antara Andrea Ianone dan Aleix Espargaro. Iannone tampak seperti ingin mengelakkan pertembungan dengan Espargaro dan telah terkunci bahagian hadapannya yang menyebabkan dia terjatuh dan gagal untuk meneruskan perlumbaan. Saksikan video mengenai insiden itu di bawah pada tanda masa 2 minit 40 saat.

Terdapat juga beberapa insiden lalu di mana penunggang hilang kawalan jentera perlumbaan mereka dan telah bertembung dengan ahli pasukan dan mekanik yang berada di luar pit ketika membantu dengan proses pertukaran motosikal. Saksikan video di bawah di mana Alvaro Bautista merempuh seorang mekanik semasa GP Argentina pada musim yang lalu.

https://youtu.be/5ERzoVyyWv4

Menurut wartawan Eurosport, Vanessa Guerra, dia telah meng-tweet-kan satu ilustrasi yang terperinci mengenai prosedur pertukaran motosikal yang baru ini. Jika seorang penunggang membuat keputusan untuk menukar motosikal sewaktu perlumbaan hujung minggu ini, mereka perlu menghampiri bahagian hadapan paddock pada sudut 45 darjah.

Motosikal kedua telah pun disediakan dan menghala keluar pada sudut 45 darjah juga bagi memberikan penglihatan yang lebih baik pada keadaan sekeliling di sekitar laluan pit. Tambahan pula, para pasukan juga perlu menyediakan seorang lagi ahli pasukan untuk mengendalikan sebatang lollipop ala Formula 1 yang aka menentukan bila penunggang boleh keluar dengan selamat ke laluan pit setelah mereka menaiki motosikal kedua mereka.

Lollipop man Formula 1 (Sumber imej: www.i1.wp.com)

Sesetengah penunggang menyuarakan kebimbangan mengenai cara baru ini sekiranya berlaku sebarang insiden sewaktu masuk dengan motosikal pertama, kemungkinan untuk melakukan kecederaan kepada mekanik dan mereka yang berada di paddock adalah lebih tinggi.

Sumber imej: Fox Sports

Lagi pun, sebab mengapa penunggang memilih untuk menukar motosikal mereka adalah kerana kekurangan cengkaman terutamanya sewaktu mulanya hujan. Risiko ini ini telah dibangkitkan oleh beberapa orang penunggang termasuklah penunggang Repsol Honda, Marc Marquez, dan penunggang LCR Honda, Cal Crutchlow.

Sumber imej: Box Repsol

Dengan keadaan cuaca yang menjurus kepada kemungkinan pertukaran motosikal di Silverstone pada hari Ahad ini, para penunggang serta pasukan hanya akan tahu dengan pastinya sama ada sistem pertukaran motosikal yang baru ini adalah prosedur yang lebih baik berbanding dengan aturan “hop and go” sebelum ini.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembagan terkini MotoGP.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]