Motosikal Kembara Yamaha T7 Concept Akhirnya Akan Mula Dikilangkan?

 

  • Video usikan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Yamaha Motors Europe bertajuk “Your adventure awaits” telah membuatkan ramai orang teruja dengan desas desus mengatakan yang Yamaha T7 Concept akan mula dikilangkan.
  • Diperkenalkan pada tahun lalu ketika pertunjukan EICMA Milan, motosikal T7 Concept telah menarik perhatian serta mendapat pujian ramai dengan rupanya yang futuristik dan pada masa yang sama agak lasak, sedia bagi menakluki sebarang bentuk muka bumi.
  • Motosikal konsep yang berfungsi sepenuhnya ini telah membuat beberapa kemunculan namun padaa 6 September 2017, ia mungkin akan membuat kemunculan rasminya sebagai motosikal dwi-sukan middleweight keluaran terbaru dari Yamaha.

 

Seluruh dunia berasa amat teruja apabila Yahama telah melancarkan T7 Concept yang futuristik pada bulan November yang lalu ketika pertunjukan EICMA di Milan, Itali. Dan kini, ianya tampak seperti statusnya sebagai hanya sebuah motosikal konsep semakin lenyap dengan sebuah video usikan terbaru dari pengeluar itu untuk sebuah motosikal kembara yang serba baru.

Video yang dihasilkan oleh Yamaha Motors Europe bertajuk “Your adventure awaits” yang telah pun tersebar di kebanyakan platform media sosial seperti Youtube menuding ke arah motosikal T7 Concept kerana tiada motosikal kembara yang lain yang telah diperkenalkan semasa Pertunjukan EICMA di Milan.

Motosikal dwi-sukan middleweight ini dikatakan mengambil sebahagian besar inspirasinya dari motosikal jalanan jenama berkenaan, MT07, dan ia telah melalui proses evolusi yang ketara dengan rekaan yang futuristik serta elemen penggayaan yang lasak. Gabungan ini telah terbukti dengan jayanya pada pandangan orang ramai.


Dengan rupa parasnya yang cukup kekar untuk menyertai perlumbaan rali seperti Dakar dengan cukup mudah, Yamaha T7 ini dijana oleh platform enjin dwi-silinder, 689cc yang sama seperti MT07 namun kami yakin yang ianya akan ditala untuk menjadi lebih agresif bagi membolehkannya menakluki beberapa jenis bentuk muka bumi.

Perincian lain yang menarik perhatian kami termasuklah rekaan casisnya yang serba baru, pakej suspensi berteknologi tinggi Kayaba, roda berjejari 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang beserta dengan ekzos daro Akrapovic yang kami rasaskan cocok sekali dengan  bayangan warna biru dan kelabu T7 ini.

Kita hanya mampu menantikan tibanya tarikh 6 September 2017 bagi melihat sama ada motosikal T7 ini kekal hanya sebagai sebuah konsep atau pun ianya menjadi sesuatu yang amat berbeza. Kami berasa begitu kagum akannya ketika EICMA 2016 dan pada 6 September 2017 nanti, kami pasti yang kebanyakan daripada kita akan berasa teruja dengan kehadirannya.

Teruskan kekal bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Untuk membaca artikel dari laman saudara kami di Bikes Republic mengenai motosikal Yamaha pada pertunjukan EICMA di Milan pada tahun lalu, TEKAN SINI.

Leave a Reply