Jelajah Kawasaki “Always Closer to You” Menggegarkan Pasir Gudang, Johor

 

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah membuat hentian kedua di Pasir Gudang,Johor sebagai sebahagian daripada jelajah Kawasaki “Always Closer to You” pada hujung minggu yang lalu.
  • Lebih daripada 2,500 pengunjung telah menghadiri jelajah ini bagi menyertai acara-acara jelajah ini terutamanya sesi tunggang uji bagi ke semua model motosikal Kawasaki yang terbaru.
  • Orang ramai dari sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru telah diberikan peluang bagi menunggang uji ke semua motosikal bermula daripada motosikal ‘pit’ Z125 yang menyeronokan sehinggalah model yang cukup gah berkuasa, Z900 ABS 2017.

 

Lebih daripada 2,500 orang pelawat telah berkumpul di Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor bagi mengambil bahagian dalam jelajah Kawasaki “Always Closer to You”. Acara ini yang telah dianjurkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) telah mendapat perhatian orang ramai kerana mereka dapat mengambil peluang ini untuk menunggang uji dengan sendiri ke semua model motosikal terbaru dari Kawasaki di tapak jelajah berkenaan.

Hentian kedua dalam jelajah ini memberikan peluang yang secukupnya bagi para pengunjung untuk menunggang uji motosikal Kawasaki yang bakal mereka miliki nanti untuk tiga hari berturut-turut dari 18 Ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017. Orang ramai diberi peluang bagi menguji dengan sendiri kelincahan, prestasi, pengendalian, serta ergonomik motosikal-motosikal berkenaan.


Kawasaki juga turut menonjolkan empat model motosikal terbaru mereka untuk tahun 2017 yang terdiri daripada Versys-X 250, Ninja 650 ABS, Z650 ABS, dan motosikal yang cukup berkuasa sekali, Z900 ABS yang telah didatangkan dengan pakej prestasi yang hebat pada harga mampu milik.

Jelajah Kawasaki ini juga turut membawa kesemua model eksklusif mereka seperti Z125 yang menyeronokan, Versys 650 serta Vulcan S bagi mereka yang berminat untuk mengetahui kebolehan sebenar sebuah motosikal Kawasaki.

Selain daripada sesi tunggang uji, lebih kurang 200 pengunjung bertuah dapat membawa pulang beberapa barangan cenderamata serta hadiah Kawasaki semasa segmen cabutan bertuah mereka yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada acara jelajah Kawasaki.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jelajah “Always Closer to You” Kawasaki, anda bolehlah melayari ke laman Facebook rasmi KMSB, atau ke laman sesawang rasmi mereka, www.kawasaki.com.my. Impian untuk memiliki sebuah motosikal Kawasaki bukan lagi sekadar angan-angan atas jasa Kawasaki Motors Malaysia.

 

 

Leave a Reply