Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!

 

  • Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini.
  • Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan.
  • Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa masuk tajaan persendirinnya berjumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Ducati MotoGP 2018 itu.

 

Kita sudah pun sedia maklum bahawa kesemua tempat di musim 2018 MotoGP dengan pantas sedang diisi dengan lebih ramai penunggang diumumkan baru-baru ini. Yang terbaru merupakan pemerolehan yang penuh kontroversi Scott Redding untuk berlumba dengan pasukan Aprilia Racing Team Gresini menggantikan Sam Lowes yang disingkirkan.

TEKAN SINI bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjanjian Scott Redding bersama Aprilia.

Tidak ada banyak tempat lagi yang tinggal dan para penunggang yang masih belum menandatangani bagi musim 2018 sedang berusaha keras untuk mendapatkan beberapa tempat yang masih ada dan ianya bukanlah satu tugas yang mudah. Pasukan seperti Marc VDS dan Avintia Reale Ducati merupakan antara pasukan yang masih lagi mempunyai kekosongan.

Menurut satu laporan yang telah di buat oleh MCN, penunggang semasa bagi Avintia Reale Ducati masih belum lagi disahkan lagi untuk musim 2018, yang juga bermakna ianya masih terbuka untuk penunggang lain juga untuk merebut tempat tersebut.

Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS)

Berita di sekitar paddock menunjuk ke arah penunggang semasa MotoGP, Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS)  yang telah didakwa berada di tempat teratas dalam senarai tinjauan Avintia Ducati. Perjanjian antara Rabat dan pasukan Avintia Ducati untuk musim 2018 diperkuatkan lagi oleh fakta yang penunggang itu sendiri akan membawa masuk tajaan persendiriannya pada jumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) untuk pasukan itu pada tahun hadapan.

Mika Kallio, penunggang uji Red Bull KTM Factory Racing Team

Namun begitu, terdapat juga beberapa penunggang yang lain yang dikatakan terlibat dalam perbincangan berkenaan mendapatkan tempat itu di pasukan Avintia Reale Ducati. Mika Kallio yang kini merupakan penunggang uji bagi pasukan pengilang KTM dikatakan berkemungkinan besar memandangkan jumlah masa dan usaha yang telah dia korbankan dalam membangunkan jentera MotoGP KTM RC16 dan juga mendapat keputusan perlumbaan yang terbaik buat KTM ketika dia berlumba sebagai peserta ‘wild card’ pada pusingan sebelum ini.

Berita ini bagaimanapun masih lagi samar-samar memandangkan pasukan itu mungkin sedang meninjau penunggang berpotensi dari barisan penunggang Moto2 semasa oleh kerana sebab-sebab kewangan yang nyata. Keseluruhannya, kita hanya boleh menunggu untuk beberapa minggu lagi sebelum pasukan itu bersedia untuk membuat pengumuman rasmi mereka.

Teruskan kekal bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dari MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]