BMW Motorrad Malaysia Lancarkan G 310 R

 

  • BMW Motorrad Malaysia secara rasminya melancarkan motosikal lightweight yang dinanti-nantikan, G 310 R.
  • G 310 R ini dijangkakan akan menakluki pasaran motosikal 300-400cc negara.
  • Keutuhan jenama dan harganya yang menarik di lihat sebagai pemangkin utama potensinya.

 

Motosikal BMW yang paling dinanti-nantikan oleh penggemarnya, G 310 R telah pun dilancarkan secara rasminya!

BMW Motorrad Malaysia telah memilih latar terbaik bagi melancarkan motosikal terbaru mereka ini iaitu tidak lain dan tidak bukan di acara berprestij Pusingan Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad GS Trophy.

Motosikal G 310 R yang mempunyai 313cc, satu silinder ini telah diletakkan harga pada harga yang bakal menggegarkan pasaran iaitu RM26,900 (asas beserta GST). Berdasarkan tahap perhatian yang telah ditunjukkan serta harganya, kami jangkakan yang ianya akan mendominasi pasaran motosikal 300-400cc dalam negara kita ini.

Namun, motosikal G 310 R ini bukan hanya sekadar sebuah model tahap mulaan. Sebaliknya, ianya adalah motosikal lightweight premium yang praktikal untuk jalan raya Malaysia dan juga para pembeli motosikal negara.


Enjinnya yang telah dibangunkan serba baru bersama TVS Motor Company dengan segala ciri prestasi, kepekaan alam sekitar, dan kecekapan bahanapi. Dengan sejukan cecair, DOHC, empat injap, dan juga suntikan bahanapi secara elektronik, ianya menghasilkan sehingga 34hp pada 9,500rpm dan juga 28Nm tork pada 7,500rpm. BMW telah mendakwa yang berat bersihnya terletak pada hanya 158.5kg sahaja.

Dengan kerangka keluli tiub, ianya amat tegap dan secara kilasnya, amat keras. Roda hadapannya telah dilengkapkan dengan fork terbalik dengan lenganbuai aluminium yang dipaut secara terus dengan topang bergegelung.

Sistem brek ABS dwi-saluran didatangkan sebagai kelengkapan standard pada motosikal G 310 R ini, Daya henti bahagian depannya dibantu dengan menggunakan cakera 300mm, bersama dengan angkup empat omboh yang dipaut secara berjejari. Brek belakangnya pula terdiri daripada angkup 2 omboh bersama dengan cakera brek 240mm.

Sejajar dengan falsafah BMW mengenai penjagaan alam sekitar, enjin G 310 R ini telah dipetakan bagi mematuhi piawaian standard emisi Euro4, yang juga dilengkapi dengan pengubah pemangkin gelung tertutup tiga hala. Penggunaan bahanapinya pada tahap 3.3 liter bagi setiap 100 kilometer yang menjimatkan.

Motosikal BMW G 310 R ini telah diletakkan pada harga RM26,900 (asas beserta GST).

 

 

 

Leave a Reply