Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

 

  • Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini.
  • Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta ‘wildcard’ bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada minggu hadapan.
  • Kasma mendahului kejohanan kelas premier CP150 dengan 100 mata; 17 mata di hadapan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha – CKJ).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Malaysian Wonderboy” yang sedang meningkat pantas dalam dunia permotoran, Kasma Daniel Kasmayudin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) telah merangkul kemenangan ke-empatnya pada Pusingan 6 Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017. Kemenangan ke-empat daripada enam pusingan perlumbaan ini semestinya menjadi pembakar semangat buat penunggang muda ini yang akan membuat kemunculan julung kalinya dalam kategori 600cc Supersports pada hujung minggu yang akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seperti yang dinyatakan di atas, Kasma akan menuju ke Indonesia sebagai peserta ‘wildcard’ dalam kelas 600cc Supersports untuk Idemitsu Asia Road Racing Championship pada hujung minggu hadapan.

Penunggang Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatatkan masa 17’18.875s, dan melintasi garisan penamat dengan jarak masa 4 saat di hadapan teman sepasukannya, Mohd Ramdan Rosli. Penunggang Petronas Sprinta Yamaha – CKJ, Ahmad Afif Amran, melengkapkan kedudukan ketiga teratas dengan catatan masa 17’22.664s.

“Saya terpaksa mengambil masa dalam beberapa pusingan untuk meninggalkan kelompok yang mengejar. Keseluruhan kelompok penunggang telah pun meningkatkan prestasi mereka pada waktu ini dan saya ingin sekali menjarakkan diri saya dari kelompok yang kedua. Nasib menyebelahi saya apabila mereka mula bergelut untuk mendapatkan P2, membolehkan saya berlumba tanpa gangguan sehingga ke garisan penamat,” ujar Kasma mengenai perlumbaan itu.

Kemenangan ini meletakkannya di kedudukan pendahulu kejohanan untuk tahun ini dalam kelas premier CP150 dengan 100 mata, 17 mata di hadapan penunggang di tempat ke-dua, Ahmad Afif Amran.

Keputusan Akhir Perlumbaan – CP150

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:18.875s
  2. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:22.579s
  3. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:22.664s
  4. Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:23.210s
  5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 17:27.281s

CP115 – Azroy Hakeem muncul Juara bagi Pusingan 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Azroy Hakeem Anuar diselamatkan oleh bendera merah setelah terbabas dan berjaya memenangi perlumbaan keduanya yang berturut-turut. Penunggang GiVi Honda Yuzy Racing yang bernasib baik itu pada awlnya telah terbabas pada pusingan yang ketiga, namun perlumbaannya di Melaka itu telah diselamatkan apabila satu bendera merah telah dikibarkan akibat satu insiden yang tidak berkaitan di bahagian lain di litar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila perlumbaan itu disambung semula, Azroy berjaya menyertai semula grid perlumbaan dan seterusnya meraih kemenangan dengan catatan masa 12’36.249s. Ahmad Syukran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ dan penunggang Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Hafiruddin, menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Keputusan Akhir Perlumbaan – CP115

  1. Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:36.249s
  2. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:38.581s
  3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12:42.460s
  4. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12:43.263s
  5. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:46.821s

 WIRA – Kemenangan buat kali pertama buat Mohd Syafieq Aiman

Selepas dua penamat di atas podium berturut-turut pada Pusingan 4 dan Pusingan 5, Mohd Syafieq Aiman dari pasukan Elf Koyoko KC Racing akhirnya telah menggondoli kemenangan pertamanya dengan catatan masa 10’52.455s. Penunggang persendirian Mohd Izam Ikmal Izamli juga turut mempamerkan aksi yang memberangsangkan di tempat ke-dua dengan catatan masa 10’52.577s. Penunggang PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech, Mohd Danial Syahmi, melintasi garisan penamat di tempat yang ke-tiga.

WIRA – Keputusan akhir perlumbaan

  1. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 10:52.455s
  2. Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian 10:52.577s
  3. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 10:59.774s
  4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 10:59.930s
  5. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:00.561s

Pusingan yang berikutnya bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 akan berlangsung di Kelantan bagi Pusingan 7 pada 8 dan 9 September 2017.

Sumber: Malaysian Cub Prix

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply